Pengikut

Sabtu, 5 Januari 2013

Panduan Menulis (Ku)


Berikut adalah panduan yang diberikan oleh admin Ilham Grup Buku untuk kelas penulisannya di facebook. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti keseluruhan kelas ni boleh buka facebook cik Ilham.

'Aku' ialah kata ganti diri pertama. 'Ku' pula kata ganti singkat untuk 'aku'.
Persoalannya, adakah perkataan 'ku' dijarakkan dari perkataan lain sepertimana perkataan 'aku'?

Jawapannya:
A. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA KERJA. Contohnya:
  1. kuberi
  2. kutolak
  3. kubaca
  4. kuserah
  5. kucari
  6. kucerita
  7. kusentuh
  8. kumohon
  9. kubonceng
  10. kubawa
B. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN jika diikuti oleh BUKAN KATA KERJA. Contohnya:
  1. ku agak
  2. ku biar
  3. ku yakin
  4. ku bahagia
  5. ku ingin
  6. ku lupa
  7. ku mahu
  8. ku cinta
  9. ku rindu
  10. ku ikhlas
C. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN jika diikuti oleh KATA SIFAT yang berimbuhan 'i' dan 'kan'. Contohnya:
  1. kuingini
  2. kuingati
  3. kurindui
  4. kucintai
  5. kuyakini
  6. kumahukan
  7. kulupakan
  8. kuragukan
  9. kusukakan
  10. kurasakan
D. Perkataan 'ku' MESTI DIRAPATKAN dengan perkataan sebelumnya jika bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya:
  1. hatiku
  2. cintaku
  3. milikku
  4. duniaku
  5. harapanku
  6. keyakinanku
  7. untukku
  8. tanggungjawabku
  9. perasaanku
  10. ibuku 
E. Perkataan 'ku' MESTI DIJARAKKAN dengan perkataan sebelumnya jika bukan bermaksud 'kepunyaanku'. Contohnya:
  1. biar ku
  2. ingin ku
  3. langsung ku
  4. mungkin ku
  5. hingga ku
  6. dapat ku
  7. terus ku
  8. seketika ku
  9. sukar ku
  10. boleh ku
NOTA:
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kata ganti diri 'kau' juga sama prinsipnya seperti 'ku' kerana merupakan kata ganti singkat untuk 'engkau'. Namun, GBK ada house style tersendiri yang membiarkan perkataan 'kau' dijarakkan dengan mana-mana perkataan sama ada sebelum atau selepasnya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

information brguna...

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Boleh ambil sebagai panduan menulis karangan di sekolah.

misza berkata...

Ni satu pelajaran, maklumlah dah lama sangat tinggalkan sekolah. Semua dah lupa.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

misza,
Ramai penulis yg minta panduan utk menulis dengan baik. Jadi cik ilham grup karangkraf buka kelas penulisan. Akak pun tak ketinggalan ikutinya di fb http://www.facebook.com/IlhamGrupBuku

Unknown berkata...

Play casino - No.1 for the Casino Guru
No longer have the opportunity to go https://febcasino.com/review/merit-casino/ to the casinos or read bsjeon the communitykhabar reviews sol.edu.kg of the slots worrione.com you love. But they're not always the same. Sometimes you have a new online