Pengikut

Ahad, 23 Jun 2013

Promo KIES 9

video

 “Mandi apa?” soalku sambil mengerutkan dahi.
“Sayang tak pernah mandi wajibkah selama ni?” soal Iskandar, hairan.
Aku sudah mula selesa dipanggil sayang.
“Hari-hari Sha mandi.” Aku makin hairan.
“Takkan hari-hari sayang berhadas besar?” soalnya dengan nada lembut.
“Hadas besar pula? Terus teranglah abang. Sha tak faham apa yang abang maksudkan.”
“Mula-mula abang nak tahu, sayang faham tak apa itu mandi wajib?”
“Tak.”

Ikuti kisah KIES 9 di portal ilham. Klik http://ilham.karangkraf.com/

Sabtu, 15 Jun 2013

KIES 9 - SINOPSIS



Kejadian pembunuhan kedua-dua bonda dan ayahanda Tengku Kiesha Khalila ( Ku Sha), meninggalkan misteri yang berpanjangan buat dirinya. Kemunculan Iskandar Zulkarnain yang mengaku suaminya menambahkan lagi kekeliruan. Tetapi layanan Iskandar membuatkan Ku Sha jatuh cinta dan mengenepikan persoalan yang bermain dibenaknya. Kehadiran Raja Azrin Shah menggugat kepercayaan Ku Sha. Kerana dendam dan marah, padah menimpa. Tengku Budriz dan Bonda Indah Maheran bijak mengatur langkah. Tanpa rela, kekasih hati dipisahkan. Ku Sha tersepit dipersimpangan dengan seribu penyesalan. Masih adakah peluang kedua untuk Ku Sha mencari bahagia? Adakah misteri yang membelenggu akan terbongkar? Ikutilah kisah kasih dua jiwa Tengku Kiesha dan Iskandar Zulkarnain serta rasailah sendiri debarannya.