Pengikut

Isnin, 16 Julai 2012

Nak Jadi Penulis Novel?

Sejak akhir ini, ramai yang nak jadi penulis novel dengan gambaran penulis novel bakal mendapat royalti tinggi dari penjualan buku yang ditulis. Bukan semua bernasib baik buku mereka menjadi best seller. Ada penulis yang tidak mendapat royalti setinggi mana. Kadangkala sekadar sebulan gaji seorang pengurus. Ada juga menulis sekadar suka-suka dan lebih kepada mengisi masa lapang (duit deme tak hairan sangat). Ada juga sekadar mencari kepuasan diri dan ingin berkongsi recah hidup manusia melalui penceritaan. Apa pun alasan anda untuk menjadi penulis, anda perlu ada beberapa perkara asas seperti di bawah.

Ada laptop.
Jika anda mempunyai lappy sendiri (kalau kongsi susah sikit, bukan tak boleh), anda ada idea dan jalan cerita yang nak ditulis, bermakna anda telah selangkah dalam usaha anda untuk menjadi penulis.

Ada kemahuan dan sabar.
Jika anda seorang yang sabar, anda boleh menjadi seorang penulis. Kerja menulis ni bukan ambil masa yang pendek. Jadi perlu sabar dan ada kemahuan menyiapkan jalan cerita walaupun terpaksa ambil masa setahun nak siapkan manuskrip penuh. (tu belum kena reject dgn penerbit. Kalau reject kena baiki, baiki dan baiki lagi hingga berjaya)

Ada cerita yang nak ditulis.
Anda boleh tulis apa saja dan seeloknya buatkan papan cerita dahulu supaya cerita tersusun dan tidak mengelirukan. Kenalpasti kategori apa yang anda pilih.

Ada identiti sendiri.
Jangan meniru penulisan orang lain! Anda perlu yakin pada diri sendiri dan hasilkan penulisan mengikut acuan anda sendiri. Jika anda suka Siti Rosmizah, contohnya janganlah tiru gaya penulisannya sebiji-sebiji. Anda boleh jadikannya sebagai rujukan. Bina ayat dan gaya penceritaan sendiri. Bukan ciplak!!

Ada maklumat yang betul dan tepat.
Jika anda hendak menulis sesebuah cerita mengenai seseorang contohnya, seorang doktor. Pastikan anda mengetahui kelulusan untuk menjadi doktor, anggaran umur menjadi doktor, skop atau bidang tugas doktor tersebut. Contohnya jika doktor tersebut adalah doktor pakar, janganlah anda tulis umurnya 23 tahun. Memang tak logik.

Ada penerbit.
Bila dah siap manuskrip, anda perlu menghantar manuskrip tersebut kepada bakal penerbit. Pastikan  syarikat penerbitan mana yang anda ingin hantar. Ada penerbitan yang 'mengikat' penulisnya dan tidak memberi penulisnya menulis untuk penerbitan yang lain. Tetapi ada juga penerbitan yang bebas dan tidak mengikat penulis.

Setakat ini sahaja buat kali ni. Apa yang tertulis di atas adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang penulisan novel yang baru setahun jagung. Mungkin apa yang dipaparkan telah diketahui ramai tetapi saya ingin kongsikan terutama bagi adik-adik remaja yang baru belajar menulis. Teruskan menulis walau berapa pun umur anda. Jangan jadikan umur sebagai penghalang. Tetapi jadikan sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan. Selamat menulis!














p/s Apa kaitan gambar ni dengan nak jadi penulis? Melalui gambar sebegini pun kadangkala idea menjelma. Saya selalu bawa nota kecil dan bila idea menjelma, saya catatkan dahulu. Takut terlupa masa nak mengarang sambungan cerita. Itu saya buat untuk novel pertama saya I Love You Cikgu. (Insya Allah akan diterbitkan tahun depan di bawah penerbitan Buku Prima.)

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kak cepat la sambung novel..hehehhehehehhe

Ashi Kakkoii berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ashi Kakkoii berkata...

Salam... Akak nak tanye boleh..
ermm... saye tringin nak jadi penulis. penulisan baru sekerat jalan. But org ckp kalau nak publish. Syarikat Penerbit kita kene cari yg betul punya. agak akak penerbit mana yg bagus (dilema)...

http://ashikakkoii.blogspot.com/

siti nur syahirah berkata...

Salam ...akak nak tanya sekiranya kalau kita nak jadi penulis time umur brapa ye kita boleh jd penulis ??

siti nur syahirah berkata...

Salam ...akak nak tanya sekiranya kalau kita nak jadi penulis time umur brapa ye kita boleh jd penulis ??

awatif iman berkata...

kalau manuskrip x boleh pakai pensel je ke?

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Ashi...
maaf baru tengok pertanyaan ni. Kalau nak pilih penerbit, pilihlah yg tak ada masalah dr segi pembayaran dan ada perjanjian yg sah distemping peguam.

Siti Nur Shahirah
Waalaikumusalam. Umur bukan faktor penentu. Kalau adik tgk penerbit PTS Media Group telah melatih pelajar sekolah rendah utk jd penulis. Kalau ada bakat, tulis la. Kalau adik masih sekolah rendah, mulakan dengan novel untuk kanak-kanak.

Awatif iman..
Kalau draf utk contengan boleh la guna pensel dan kertas. Tapi kurang praktikal nak hantar pada penerbit dlam bentuk tulisan tangan. Lebih mudah guna komputer untuk menaip. Bila manuskrip siap, terus hantar email je. Tak perlau keluar duit utk print beratus-ratus muka surat.

Tanpa Nama berkata...

Ermm pakai phone boleh tak? terus hantar ataupun kena mintak izin dulu? saya pun nak hantar manuskrip ni.. cuma tak tau mcm mne. Akak tolong PM saya +60183954811