Pengikut

Rabu, 17 Oktober 2012

Novel Pertama Saya

Salam kepada pembaca blog ini...

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana untuk beberapa hari selepas ini, saya tidak dapat mengemas kinikan entry. Saya terpaksa menyiapkan beberapa kerja akhir untuk penerbitan novel pertama saya di bawah Buku Prima yang akan keluar di pasaran pada Januari hadapan.

Nama pena saya  Imanisa Riana. Tajuk novel I LOVE YOU, CIKGU. Ni sinopsis pendek novel saya..


Kehadiran Sara Raihana seorang guru baru menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan dirinya dari Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah suatu penantian?

Tiada ulasan: