“Mana satu Sara Raihana?” terdengar
suara perempuan bertanya dengan agak tegas.
“Ada urusan apa puan?” Hajar bertanya,
sopan.
“Ada urusan peribadi. Yang mana satu
dia?”
“Hujung sana,” Hajar menunjuk ke arah
Sara Raihana.
Sara Raihana yang terdengar namanya
dipanggil terus berpaling dari tingkap dan berdiri untuk menyambut tetamu tidak
diundang itu. Bibirnya menguntum senyuman.
‘Mungkin
ibu salah seorang pelajarku,’ bisik hatinya tanpa ragu.
“Awak Sara Raihana?” keras bunyi
pertanyaan tersebut.
“Ya, saya.” Sara Raihana masih
tersenyum.
“
Oh! Ini rupanya perempuan miang yang selama ini menggoda laki aku. Dasar janda
tak sedar diri.”
Serentak
dengan itu tubuh Sara Raihana ditolak kasar hinggakan dia jatuh terduduk di
lantai. Nasib baik kepalanya tidak mencium bucu meja. Jika tidak, Bilik Guru
tersebut bakal bermandikan darahnya. Terpinga-pinga Sara Raihana dibuatnya. Senyuman
di bibir mati serta merta. Tubuhnya terasa sakit. Kenapa dia diserang? Apa
kesalahan dia sehingga diperlaku sebegitu? Sebelum sempat dia bangun, dia
diserang buat kali kedua. Pipinya ditampar kasar.
Air
mata Sara Raihana mulai meluncur laju. Sebelum sempat tamparan kedua hinggap
ditubuhnya, tangan perempuan itu telah dipegang oleh Cikgu Maimunah. Hajar dan
Norita segera membentengi Sara Raihana. Takut perempuan itu menyerang Sara
Raihana lagi.
“Awak
jangan pukul dia, dia tak bersalah!” jerkah Cikgu Maimunah dengan wajah yang
ketat. Dia tidak sanggup melihat kawan sekerjanya diperlakukan sebegitu. Dia
tahu Sara Raihana telah banyak menderita. Menderita lahir dan batin.
“
Heyyy… kau jangan masuk campur. Ini urusan aku dengan dia!” Terjegil mata
perempuan itu sambil jarinya menunding ke muka Cikgu Maimunah. Garangnya
mengalahkan singa betina.
“Apa
saja yang bersangkut paut dengan Sara adalah urusan saya. Sila keluar dari sini
sekarang sebelum saya panggil polis.” Tegas nada suara Cikgu Maimunah. Dia
berusaha menahan diri untuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap
perempuan tersebut. Jika diikutkan rasa, mahu sahaja penamparnya melayang ke
pipi perempuan tersebut. Tetapi akalnya masih waras. Dia perlu bersikap profesional.
Perempuan
itu tidak memperdulikan arahan tersebut sebaliknya terus mengeluarkan kata-kata
cemuhan terhadap Sara Raihana. “Hey! Perempuan sundal. Tak ada lelaki lain ke
yang kau nak menggatal? Kenapa laki aku yang kau pilih?”
Sara
Raihana tidak menjawab. Sakit hatinya digelar begitu oleh orang yang tidak
dikenalinya. Siapakah perempuan itu yang tergamak mengeluarkan kata-kata nista
kepadanya? Adakah kerana status jandanya membuatkan orang boleh menuduhnya
sesuka hati? Di mana letaknya akal fikiran seorang manusia yang dianugerahkan
oleh Ilahi? Adakah telah hilang ditelan nafsu syaitan?
Suasana
di dalam Bilik Guru semakin kecoh. Ramai yang cuba menenangkan perempuan itu.
Cikgu Mustafa yang dipanggil segera datang ke bilik guru bagi memujuk isteri ke
duanya. “Jah, kenapa datang sini buat kecoh? Malu abang macam ni. Apa-apa hal
kita bincang di rumah.”
Cikgu
Mustafa terasa malu bukan kepalang kerana semua mata tertumpu ke arahnya. Dia
cuba menarik lengan isterinya untuk dibawa pulang tetapi isterinya membantah
sambil berbentak-bentak. Akhirnya Cikgu Mustafa melayangkan penampar ke pipi
isterinya dan terus menarik tangan isterinya keluar dari bilik tersebut. Mukanya
masam mencuka. Radang hatinya dengan tindakan si isteri.
Cikgu
Maimunah tersenyum sinis melihat adegan tersebut. Padan muka! Mungkin itulah
perkataan yang sesuai untuk mentafsirkan senyuman itu. Sara Raihana yang masih
menangis dipujuk oleh beberapa orang guru yang lain. PK 1 yang diberitahu akan
hal tersebut terkocoh-kocoh masuk ke Bilik Guru dan mendapatkan Sara Raihana.
“Awak
okey tak Sara? Kalau awak nak, awak boleh pergi hospital dan kemudian buat
laporan polis,” kata PK 1, Encik Hamid
dengan nada lembut. Seolah-olah seorang bapa sedang memujuk anak gadisnya.
“Tak
apalah Cikgu Hamid. Saya okey, cuma terkejut sikit. Saya nak minta cuti rehat
untuk hari ni boleh tak? Fikiran saya benar-benar terganggu.” Sara Raihana
tidak mahu memanjangkan kisah tersebut.
Cikgu
Hamid mengangguk memberikan kebenaran. Dalam diam, dia bersimpati dengan nasib Sara
Raihana. Sara Raihana diberi cuti pada
hari itu dan dia segera memandu pulang ke rumah. Dia berkeras untuk tidak
dihantar oleh sesiapa pun. Dia mahu bersendirian. Tangannya mengusap pipi yang
masih bersisa sakitnya. Tapi sakit di hatinya lebih parah. Separah pesakit
kanser tahap ke empat. Ada titis-titis air jernih yang mengalir di pipi. Dicapainya sekeping tisu
untuk menyeka aliran air jernih tersebut.
“Kuatkanlah
hatiku Ya Allah. Berikanlah petunjuk Mu agar aku tabah dan kuat mengharungi
dugaan ini. Sesungguhnya aku amat lemah dan beban yang ku galas ini serasanya
tidak mampu ku pikul lagi,” bisik hati kecil Sara Raihana.
Semua
ini berlaku ketika fikirannya makin bercelaru dan buntu. Haruskah dia menerima
pinangan Muhammad Nur Iman yang baru berumur 25 tahun berbanding dirinya yang
telah berusia 31 tahun? Tetapi peristiwa yang berlaku sebentar tadi
membuatkannya terfikir sesuatu. Dia perlu menghentikan semua tohmahan dan
fitnah yang datang. Tekad hatinya telah bulat dan dia tak akan berpaling lagi.
Dia menghentikan keretanya di pinggir jalan dan menelefon seseorang.
“Assalamualaikum.
Kita jumpa sekarang. Ada hal yang Sara nak bincangkan. Jumpa di rumah Mak Zainab.”
Segera
talian dimatikan tanpa memberi peluang orang di hujung talian membalasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan