Pengikut

Selasa, 8 Januari 2013

Panduan Menulis kata- di



Sebelum mengetahui cara menggunakan perkataan 'di', pastikan kita kenali 'di' tersebut.
Perkataan 'di' terdapat 2 jenis iaitu:
  1. Kata Sendi Nama
  2. Imbuhan 
Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan TEMPAT. Jadi, 'di' MESTI DIJARAKKAN dengan perkataan selepasnya. Contohnya:
  1. Biarkan dia menyanyi di situ sepuas hatinya.
  2. Fahmi berdiri di tepi pintu.
  3. Saya tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarga.
  4. "Di mana awak letak pakaian saya?"
  5. Aku memandang Firdaus yang duduk di hadapanku.
  6. Rahimah menunggu ibunya di dalam kereta.
  7. Saya mahu berjalan-jalan di Tasik Shah Alam.
  8. Jauh di sudut hati, aku tidak sanggup kehilangannya.
  9. Sudah enam tahun Farah bekerja di Klinik Zubaidah.
  10. Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.
Kata sendi nama 'di' TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan WAKTU, MASA atau ZAMAN. Contoh penggunaan 'di' yang SALAH ialah:
  1. Raja Iskandar memerintah di zaman itu.
  2. Suasana amat tenang di pagi yang permai itu.
  3. Dia masih bujang di ketika itu.
  4. Burung-burung pulang ke sarangnya di waktu senja.
  5. Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka memuncak di kurun ke-15.
Perkataan yang sesuai menggantikan 'di' dalam ayat di atas ialah 'pada'.

Imbuhan 'di' digunakan untuk kata kerja pasif. 'Di' MESTI DIRAPATKAN dengan perkataan selepasnya sama ada kata kerja atau kata nama. Contohnya:
  1. ditulis
  2. dibaca
  3. diolah
  4. dimarah
  5. dipukul
  6. dijerit
  7. dibentak
  8. dipisah
  9. disebut
  10. diubah   
ilham-grup-buku/kelas-cik-ilham-penggunaan-kata-di                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Tiada ulasan: