“Jasmin!
Kenapa ketawa begitu?” terdengar suara lelaki menegurnya dari tepi surau.
Jasmin
menoleh untuk melihat lelaki tersebut. Bunga-bunga mekar di hatinya. Lelaki
buruannya berada di depan mata. Apa tunggu lagi Jasmin? Peluang ni... peluang!
“Ada
beruang madu kejar Min tadi,” kata Jasmin termengah-mengah.
“Beruang
madu?” berkerut dahi Uzair mendengarnya. Setahunya di kawasan tersebut tidak
terdapat beruang madu.
“Ya!
Beruang madu tu ada di dapur.”
“Betul?
Biar Abang Uzair pergi tengok.”
“Eh!
Tak payahlah bang. Nanti dia marah pula sebab kacau dia masak.”
“Masak?
Beruang madu boleh masak ke?” bertambah hairan Uzair
memikirkannya.
Jasmin
ketawa melihat wajah keliru Uzair.
Bendullah
pula, bisik hati Jasmin. Dia cuba bermain mata dengan Uzair.
“Err...
Min buat apa di sini? Bukankah sepatutnya Min tolong Hani memasak? Nak curi
tulang?” kata Uzair sambil melabuhkan pandangannya ke tanah.
Mana
boleh pandang anak dara orang. Haram... haram.
“Beruang
madu dah mengamuk. Dia suruh Min, main jauh-jauh.”
“Ooo...
beruang madu tu Haninalah ya? Kenapa Min gelar dia begitu? Tak baik mengelar
orang dengan panggilan yang tidak sepatutnya. ALLAH berfirman di dalam Al Quran
yang bermaksud; Dan janganlah
sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula
kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah
buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang
tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang
zalim.”
Jasmin
berpura-pura mendengar kata-kata Uzair.
Ceramahlah
pula! Tapi tak apa, ceramahlah panjang-panjang. Aku bukan nak dengar pun. Boleh
tengok janggut sejemput dia pun dah cukup baik. Kenapalah kau ni handsome sangat? Mulut pun merah. Ini
mesti tak merokok. Adakah kau diciptakan untuk aku? bisik hati Jasmin.
Eh!
Kenapa aku puji dia pula? Patut aku kutuk. Tarik balik pujian tadi. Kena fokus.
Jangan jatuh cinta pada dia. Biar dia yang jatuh cinta pada aku. Lepas tu
tinggalkan dia macam yang Syakir buat pada aku, Jasmin merangka di dalam
kepala.
Matanya
terpaku menatap wajah Uzair. Bibirnya mengorak senyum hingga ke telinga. Uzair
yang menyedari renungan menggoda Jasmin pantas bergerak meninggalkan Jasmin.
“Abang
Uzair! Janganlah tinggalkan Min. Marilah kita berbual lagi. Min nak tanya,
abang sudi tak terima Min?” tanya Jasmin dengan suara yang merengek.
Pertanyaan
Jasmin tidak berjawab. Uzair terus melangkah masuk ke surau. Dia memekakkan
telinganya sambil mengurut dada.
“Astaghfirullahalazim!”
Uzair beristighfar berkali-kali.
Takut
benar dia dengan jerat syaitan. Perempuan... kenapalah kau tak tahu? Suara kau
sudah cukup menggoncangkan iman! Inikan pula liuk lentok tubuh badanmu?
Main-main mata pula. Kaulah senjata syaitan yang paling ampuh meruntuhkan iman
kaum lelaki.
Uzair
berwuduk. Dia perlu menghindarkan godaan syaitan yang menerpa ke tangkai
jantungnya. Wajah dan suara Jasmin yang menggoda cuba dipadamkan sedaya
mungkin. Uzair mendirikan solat sunat dan kemudian membaca al-Quran untuk
mententeramkan hatinya. Berperang melawan hawa nafsu lebih hebat dari
peperangan sebenar. Uzair takut tertewas di dalam peperangannya itu. Alahai,
perempuan... perempuan.
Jasmin
melangkah ke arah dapur. Dia tahu bila-bila masa sahaja Hajah Rahimah dan Haji
Manaf akan pulang. Dia perlu berada di dapur bagi mengelakkan dirinya didenda
oleh Haji Manaf. Tugasnya hari itu tidak dapat dilakukan dengan baik
sebagaimana arahan Haji Manaf. Dia perlu meminta bantuan Hanina untuk merahsiakannya.
“Honey! I’m back,” kata Jasmin setelah
terjengul di dapur.
Hanina
tidak memperdulikan Jasmin. Dia meletakkan makanan di dalam bekas.
“Honey, you duduklah. Biar I pula yang buat,” kata Jasmin
menghampiri Hanina.
Hanina
tidak mengendahkan suruhan Jasmin dan meneruskan kerjanya. Jasmin memegang
tangan Hanina. Tujuannya untuk mengambil senduk yang berada di tangan Hanina. Hanina
terkejut kerana menyangka Jasmin cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Dia menampar muka Jasmin sekuat hati. Jasmin terkaku. Dia tidak menyangka Hanina
akan bertindak begitu. Pipi yang terasa pijar dipegang.
“Kenapa
Hanina? Salahkah aku nak tolong kau?”
Air
mata Jasmin deras mengalir di pipi. Segera dia melarikan dirinya ke bilik.
Hatinya menjerit pilu. Hanina yang baru tersedar akan tindakannya terasa kesal.
Apa
aku dah buat? Min hanya nak menolong. Kenapa aku tak dapat mengawal rasa marah
tiap kali dia dekat dengan aku? kata hati Hanina.
Hanina
melangkah laju ke bilik Jasmin. Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik beberapa kali
sambil memanggil nama Jasmin. Jasmin tidak menghiraukan panggilan Hanina.
“Min,
aku minta maaf. Aku terkejut tadi.”
Diam.
“Min!
Bukalah pintu ni.”
Diam
lagi.
“Min,
kalau kau nak kawan dengan aku, kau buka pintu ni.”
“Pergilah!
Aku tak mahu kawan dengan kau. Kau bukannya sukakan aku. Biar aku mati macam
Zana. Hanya Zana yang faham perasaan aku.”
Hati
Hanina tersentuh. Jasmin sukar diramal sikapnya. Hanina masih tidak memahami
diri Jasmin. Hatinya masih dibayangi cerita-cerita buruk tentang Jasmin sewaktu
di universiti.
“Min,
aku tahu kau sedih. Aku mengaku aku silap. Maafkan aku. Bagilah peluang untuk
aku perbaiki kesalahan aku. Kita kawan, ye?” pujuk Hanina.
Jasmin
masih mendiamkan dirinya.
“Jasmin,
bukalah pintu ni. Aku janji tak akan marah-marah kau lagi. Aku janji akan jadi
kawan kau yang paling baik,” kata Hanina lagi.
Jasmin
membuka selak pintu dan menjengulkan sedikit kepalanya.
“Betul
kau tak marahkan aku dan nak jadi kawan baik aku?”
“Ya.”
“Walaupun
aku panggil kau honey?”
“Panggillah,
aku tak kisah. Asalkan kau mahu maafkan aku,” kata Hanina tersenyum.
“Kalau
aku cium kau, kau marah tak?” tanya Jasmin menduga.
“Kalau
kau cium tanpa niat atau maksud lain, aku tak marah.”
“Hah!
Apa maksud kau? Aku tak faham,” ujar Jasmin sambil tangannya membuka pintu
selebar-lebarnya. Kesan air mata dihapuskan dengan belakang tangan.
Hanina
tersenyum memandang Jasmin. Sensitif juga rupanya budak ni, bisik hati Hanina. “Betul kau tak tahu?” tanya Hanina.
Jasmin
mengangguk. Matanya memandang tepat ke mata Hanina.
“Masa
kau cium pipi aku, apa yang kau rasa?” soal Hanina.
“Aku
rasa gembira sama macam aku cium pipi Zana atau mama. Kau kan dah jadi kawan
baik aku? Tak salahkan kalau aku cium kau?”
“Tak
salah. Aku izinkan.”
Hanina
ketawa kecil. Dia dapat meneka yang Jasmin menciumnya kerana rasa sayang atau
suka sebagai seorang kawan. Tidak lebih dari itu. Salah anggapannya pada
Jasmin, perlu dibetulkannya.
“Maafkan
aku. Selama ni aku dah salah faham dengan kau. Aku percaya bulat-bulat semua
cerita tentang kau tanpa selidik betul atau tak.”
“Tak
mengapalah Hani. Aku pun nak minta maaf pada kau kerana suka main-mainkan kau. Sengaja
nak buat kau marah. Kita kira kosong kosong, ye?”
Hanina
mengangguk dan memegang tangan Jasmin. Permusuhan yang wujud sebelum ini,
terhapus dengan sebuah kemaafan. Mereka jalan beriringan menuju ke dapur. Di
dapur, Hajah Rahimah yang baru pulang dari bandar telah berada di situ. Dia
hairan melihat kedua-dua gadis tersebut.
“Hai!
Berpegangan tangan? Dari mana kamu berdua? Kenapa tak tutup makanan ni?” tanya Hajah
Rahimah bertalu-talu.
Hanina
yang tersedar akan hal itu segera melepaskan pegangan tangannya. Dia tersenyum
melihat wajah ibunya yang agak terkejut melihat perubahan sikapnya terhadap
Jasmin.
“Tadi
Min menangis. Hani pujuk Min. Itu yang tak sempat nak tutup makanan tu,” terang
Jasmin tanpa diduga.
Hajah
Rahimah menganggukkan kepala tanpa menyoal lebih lanjut. Hajah Rahimah
mengambil tudung saji untuk menutup makanan yang terdedah. Apabila Hanina ingin
membuka mulutnya bagi menerangkan hal sebenar, Jasmin menggelengkan kepalanya.
“Kenapa
tak nak beritahu hal sebenar?” bisik Hanina.
“Nanti
kau kena marah pula. Kalau aku, tak mengapa. Telinga aku dah lali,” jawab
Jasmin sambil tersenyum.
“Memang
patut pun aku kena marah. Aku tak sabar dan mudah menaruh syak wasangka.”
“Kalau
aku jadi kau pun mungkin aku berprasangka juga.”
“Bisik-bisik
apa tu?” tegur Hajah Rahimah.
“Tak
ada apa-apa mak cik. Hal orang perempuan,” kata Jasmin sambil tersengih.
“Mak
cik ni lelakikah?” tanya Hajah Rahimah, kehairanan.
“Maksud
Min, hal orang muda. Orang tua tak boleh campur.”
“Ada-ada
aje Min ni. Dahlah! Pergi panggil Uzair angkat talam.”
Hanina
ingin melangkah tetapi ditegah oleh Jasmin.
“Biar
Min panggil.”
2 ulasan:
lama dh tugu, x pon next...sambung lh dah ridu nie..cerita nie lain dri yang lain tau
memang cadang nak novel ni dibukukan lps THKK. Tapi nampak gayanya, kena edit dan isu songsang tak boleh dimasukkan atas permintaan editor. Tunggu saya edit semula. Nama watak tak akan bertukar.
Catat Ulasan