Pengikut

Jumaat, 8 Februari 2013

Review dan hadiah ILYC

Berikut adalah komen yang agak panjang (selalu saya terima komen pendek dlm FB) daripada seorang pembaca yang menamakan dirinya Aiko Khunjea Sungje (dia dh add saya dlm facebook) dalam inbox Facebook saya.

assalamualaikum....kak...saya dah pun baca novel akak I LOVE YOU CIKGU......best sesanggat.......memang kena dgn jiwa saya......dan yg paling pengting sekali banyak pengajaran yg kita perolehi di dlm novel ni........cuma satu je....saya nak tanya...akak....ni ada tak pelan2 nak buat kesinambunggan tuk novel ni.....sebabnya rasa cam bergantung je terutamanya watak imran dan aisyah tu......teringgin nak tahu kesudahan mereka.....
dari segi pemerhatian sayalah....novel i love you cikgu ni lebih kearah iman dan sara....jadi tak mustahil akak akan terbitkan novel kesinambunggan utk watak imran dan aisyah pula serta diselitkan kehidupan iman dan sara......
walaubagaimanapun...saya ingin mengucapkan tahniah buat akak berjaya menghasilkan novel ini.....semoga kak akan menghasilkan novel yg lebih berkualiti dan mampu berdaya saing.....utk novel akak yg seterusnya.....amin....semoga maju jaya...

Saya dah jawab dalam ruang pesanan FB komen dia. Ini pula review penuh ILYC yang diberikan di blog nana johari http://akubudakbiology.blogspot.com/2013/01/review-novel-i-love-you-cikgu-by.html
sebenarnya ada banyak lagi komen yang hampir sama seperti di atas termasuklah komen daripada seorang guru di selatan tanah air (sekarang dh jd kawan dan sering berbalas email) yg kata tertarik dgn cerita ni. Umur dia pun hampir sama mcm Sara cuma yg sukakan dia bukan pelajar tapi guru yg lebih muda drpnya.
Tak sangka juga, hidup saya dah berubah sekarang. Makin ramai kawan di alam maya dan dapat adik angkat juga di alam maya ni..
Pada sesiapa yg ingin menjadikan hadiah buku ILYC, boleh beritahu saya dan nanti saya kirimkan kad beserta stiker spt gambar di bawah. Cuma perlu beri alamat org yg hendak ditujukan hadiah tu. Buku anda beli sendiri sbb saya tak ada stok buku. Tapi kalau ada yg alami kesukaran mendptkan buku ni, saya akan cuba carikan di kedai buku berhampiran dgn syarat masukkan duit ke akaun saya. (jika stok dikedai buku masih ada)




Tiada ulasan: