Keesokkan harinya air makin surut di jalan dan juga kawasan rumah Pak Idris. Selepas makan tengah hari,
mereka pulang untuk membersihkan rumah. Wina dan anak-anaknya tidak dibenarkan pulang sehingga
rumah mereka dibersihkan. Irdina diminta untuk menemani Azam dan Athirah, anak-anak Wina dan Ihsan.
Peluang itu digunakan oleh Irdina untuk berbual dengan penghuni yang lain di situ. Sebelum ini
masanya banyak dihabiskan bersama Razif. Razif seolah-olah mengawalnya dari berbual-bual dengan yang
lain kecuali ahli keluarganya sahaja. Ketika asyik berbual, telefonnya berbunyi. Irdina segera menjawab
panggilan tersebut.
“Kak
Irdina, aku dah balik ke rumah. Kami tengah mencuci rumah ni. Kak Irdina bagaimana?” tanya Balkis di hujung talian.
“Rasanya
hari ni aku boleh balik ke rumah.”
“Bila
Kak Irdina nak balik Kajang?”
“Tak
tahu lagi. Aku ikut Abang Razif.”
“Nanti
bagitahu aku bila Kak Irdina nak balik. Jangan tinggalkan aku pula.”
“Aku
tahulah. Nanti aku bincang dengan Abang Razif dan bagitahu kau kemudian.”
“Baiklah.
Macam mana hubungan Kak Irdina dengan Abang Razif?”
“Okey
je. Cuma lepas ni aku kena buat surat letak jawatan.”
“Kak
Irdina nak berhenti kerja?”
“Terpaksa.
Abang Razif mahu aku jaga mak dia dan rumahtangga kami saja.”
“Baguslah
tu! Boleh goyang kaki. Duit tetap masyuk!” kata Balkis sambil ketawa.
Irdina
terdiam buat seketika.
“Kak
Irdina, nanti kita cerita lain. Mak aku dah panggil,” kata Balkis.
Irdina
memutuskan talian dan melihat anak-anak saudaranya yang bermain bola di kawasan
lapang berhadapannya. Irdina melihat dua orang lelaki sebaya bapanya sedang
berbual di bangku batu. Setiap butir perbualan mereka dapat didengari oleh
Irdina.
“Banyak
kereta orang taman tu tenggelam dalam banjir,” kata lelaki yang hampir botak
kepalanya.
“Jenuh
nak perbaik. Makan duit semua tu,” kata Pakcik berkopiah putih.
“Kereta
aku pun tenggelam jugak. Nak hantar budak-budak pi sekolah, sehari dua ni kena
angkut dengan motor sajalah,” kata lelaki botak lagi.
“Kereta
aku pun tenggelam jugak, tapi aku tak kisah.” Kata lelaki berkopiah dengan
selamba.
“Hairan!
Orang pakat susah hati, hang boleh tak kisah pulak. Kereta apa yang tenggelam
tu?”
“Kereta
sorong!” kata lelaki berkopiah sambil ketawa.
“Ceh!”
lelaki botak turut ketawa.
Irdina
tersenyum mendengar gurauan mereka berdua. Matanya masih mengawasi anak-anak
saudaranya bermain. Sesekali dia ketawa kecil melihat gelagat mereka. Telefonnya
berdering menandakan ada panggilan masuk. Irdina menjawab panggilan itu
walaupun hanya tertera nombor pada skrin telefon.
“Aku,
Latif.” kata pemanggil memperkenalkan diri.
“Oh!
kau rupanya. Kau di mana?”
“Aku
masih di Arau. Esok pagi aku nak balik Shah Alam. Kau sibuk tak?”
“Tak.
Kenapa? Kau nak ajak aku berlumba?” tanya Irdina, bergurau.
Terdengar
Latif ketawa. “Kadangkala aku teringin lalui kembali zaman dulu. Aku tak
sangka, sekali aku ajar kau cara berlumba kau dah boleh lakukan dengan baik.”
“Masa
tu kita sama-sama remaja dan darah masih
panas.”
“Hari
tu aku tengok skill kau masih mantap.
Kalau masuk litar pun boleh.” Latif ketawa lagi.
“Lepas
ni mungkin aku kena lupakan tabiat tu selamanya. Aku nak jadi wanita solehah
sejati dan sikap lama aku perlu ubah.”
“Baguslah.
Aku sokong kalau perubahan tu membawa kebaikan. Aku sendiri cuba berubah dan
sekarang aku lebih berkeyakinan berbanding dulu. Kalau dulu aku leka dengan
hiburan, kini aku nak tumpu pada ibadah.”
“Aku
pun sedang berusaha mencari Nur Ilahi yang sekian lama aku abaikan dulu. Kita
sama-sama leka dengan keasyikkan dunia. Aku bersyukur, kita sama-sama telah
mula berhijrah. Semoga hijrah kita diberkati Allah,” kata Irdina bersungguh.
“Amin.”
Latif mengaminkan doa Irdina.
“Bila
kau nak balik Kajang?” tanya Latif pula.
“Entah.
Aku nak tengok keadaan dulu. Jalan ke Alor Setar dah boleh lalu ke?”
“Kalau
ikut jalan kampung boleh lepas. Tapi kalau ikut lebuhraya, mungkin tak boleh
lagi.”
“Mana
kau tahu?”
“Adik
aku baru balik dari Penang. Dia guna jalan kampung dari Alor Setar. Ada orang
kampung tolong tunjuk jalan di sepanjang jalan yang dia lalu.”
“Baiknya
orang kampung tu.”
“Ya.
Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan mereka. Irdina, aku minta diri dulu.
Lain kali aku hubungi kau lagi. Aku nak tahu perkembangan diri kau, tentu
menarik.”
“Baiklah.
Bila kau lapang telefonlah,” kata Irdina sebelum menamatkan perbualan.
Dari
jauh Irdina ternampak Razif berjalan menuju ke arahnya. Razif tersenyum lalu
duduk di sebelahnya.
“Dah
habis ke kerja-kerja membersih?” tanya Irdina sambil melihat wajah Razif yang
berpeluh-peluh.
“Ada
sedikit lagi, tapi kita dah boleh pulang ke rumah.”
“Abang
nak air ke?”
“Boleh
juga.”
Irdina
bangun mendapatkan air minuman di dalam kotak yang terletak tidak jauh dari
tempat itu. Dia membuka tudung botol lalu menyerahkannya kepada Razif. Razif
meneguk air beberapa teguk.
“Sayang,
abang nak bawa kereta ke sini. Tolong beritahu Kak Wina untuk bersiap dan kemas
barang,” kata Razif sambil bangun untuk mengambil keretanya.
Irdina
memanggil anak-anak saudaranya dan mengajak mereka ke tingkat atas untuk
sama-sama menolong ibu mereka mengemas barang. Seketika kemudian Razif tiba dan
kerja-kerja memindahkan barang dibuat oleh mereka semua. Razif memandu pulang
setelah mereka semua berada di dalam keretanya. Razif memberhentikan keretanya
di tepi rumah. Mereka semua keluar dari kereta dan memasukkan barang-barang ke
rumah.
“Sayang,
abang rasa kita patut balik esok. Dah banyak hari kita terkandas di sini.
Kasihan Amran terpaksa buat semua kerja.”
“Tadi
Balkis telefon sebab nak tahu bila kita nak balik. Nanti Irdina bagitahu dia
yang kita nak balik esok. Bolehlah dia siapkan barang dan datang awal ke sini.”
“Dia
pun dah balik ke rumah mak dia ke?”
“Ya.
Tadi dia kata tengah cuci rumah.”
“Tak
sangka teruk juga kesan banjir ni. Penuh lumpur dalam rumah. Almari baju habis
kembang macam biskut terendam air.” Kata Razif sambil melihat Ilyas mengangkat
serpihan almari yang telah rosak.
“Nampak
gayanya kita kena tolong mak sampai selesai. Selagi tak selesai semua kerja,
rasa tak seronok pula nak tinggalkan rumah. Boleh tak, esok kita balik sebelah
petang?”
“Abang
okey saja. Sayang larat ke nak buat kerja-kerja berat ni? Rasanya elok sayang
tolong mak masak sudahlah. Kerja-kerja mengemas ni biar abang dan yang lain
buat.”
“Irdina
boleh buat. Kalau sama-sama kita buat kerja, cepatlah siapnya.”
“Hah!
Irdina tunggu apa lagi? Asyik nak berkepit dengan Razif, bila masa kami semua
nak makan. Pergilah tolong Kak Wina masak.” Tegur Ihsan yang sedang menyusun
pasu bunga yang terbalik.
Irdina
cepat-cepat meminta diri dan masuk ke ruang dapur. Dia dan Wina membuat
kerja-kerja memasak dan mengemas di dapur manakala yang lain mengemas di
ruangan yang lain. Mereka berhenti rehat untuk makan tengah hari setelah
hidangan disajikan. Mereka makan dengan penuh selera setelah beberapa hanya
memakan nasi yang berlaukkan sardin.
“Sayang,
ini ikan apa?” Tanya Razif sambil menunjuk arah ikan perkasam yang terdapat di
piring hadapannya.
“Ini
ikan sepat dan haruan. Abang tak pernah makan perkasam ke sebelum ni?” Tanya
Irdina pula.
“Abang
selalunya makan perkasam ikan puyu saja. Tak pernah lagi cuba perkasam haruan
dan sepat. Tapi bila makan, sedap juga.” Komen Razif.
Irdina
tersenyum lebar. “Abang nak tambah nasi lagi?”
“Boleh
juga. Walaupun lauk hari ni nampak simple
tapi sedap rasanya. Mungkin sebab sayang masak gamaknya.” Razif tersenyum
sambil melihat Irdina memasukkan nasi tambah ke pinggannya.
“Irdina
tak masak seorang diri. Kak Wina pun tolong.”
Razif
hanya tersenyum dan menyambung makannya. Irdina melihat Wina begitu sibuk
melayan anak-anaknya makan. Sempat juga Irdina terfikir, mungkin suatu hari
nanti dia juga akan menjadi seperti kakak iparnya itu. Mendahulukan anak-anak
dan suami makan sebelum diri sendiri menikmati makanan.
Mereka
menyambung kembali kerja-kerja mengemas setelah solat Zohor. Kerja-kerja mereka
dapat disiapkan menjelang petang. Malam itu masing-masing tertidur dalam
keletihan. Razif juga turut tertidur dan sesekali terdengar dengkurannya.
Irdina yang masih berjaga, duduk di ruang hadapan sambil menonton siaran
televisyen. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Segera dia menjawab panggilan itu.
“Esok
kau datanglah awal sikit. Kita kena bertolak selepas Zohor.”
“Baiklah.
Nanti aku ke rumah Kak Irdina sesudah Subuh.” Balkis bergurau.
“Aku
tahulah maksud kau tu. Pada kau, selagi tak masuknya waktu Zohor masih dikira
sesudah Subuh kan?” Tanya Irdina yang telah maklum gurauan sepupunya.
“Kak
Irdina ni makin pandai setelah kahwin. Boleh teka apa yang aku fikirkan.”
Balkis ketawa.
“Huh!
Kalau tak kahwin pun aku boleh teka. Aku dah cukup masak dengan perangai kau.” Irdina
turut ketawa.
“Eh!
Kak Irdina tak tidur lagi ke? Dah pukul 11.30 ni.”
“Awal
lagilah. Aku tengah tengok TV ni.”
“Hai…pengantin baru tak kan tidur lewat? Atau
Kak Irdina saja lari dan mengelak dari Abang Razif? Saja buat alasan tengok
TV.” Balkis terus menyakat Irdina.
“Amboi!
Kau yang berlebih eh? Aku tak larilah. Saja tak nak kacau Abang Razif yang dah
tertidur. Kesian aku tengok dia. Letih betul.”
“Letih
tolong kemas atau letih kerana Kak Irdina? Maklumlah dah berapa hari asyik
pandang saja.” Balkis ketawa di hujung talian.
“Balkis!”
Irdina terjerit geram.
“Eleh!
Nak malu apa? Semua pengantin baru mesti laluinya kan? Termasuklah Kak Irdina.”
“Gatal
kau ya? Tak apa ni giliran aku. Kalau kau kahwin nanti, tahulah aku nak sakat
kau pula.”
Balkis
ketawa lepas. “Aku dapat bayangkan mesti muka Kak Irdina merah padam sekarang
ni. Dah la, aku malas nak kacau lama-lama. Pergilah temankan buah hati Kak Irdina
tu. Hujan turun malam ni. Best,
sejuk!”
“Sudahlah
mengarut tu. Ingat, esok kau datang awal. Kalau kau lambat, kami tinggal.” Irdina
menukar topik agar Balkis tidak terus mengusiknya.
“Tahulah!
Aku pun nak masuk tidur dah ni. Good
night and good luck. Anak satu bas, tau!” Balkis ketawa sebelum talian
diputuskannya.
Irdina
tergelak sendiri. Matanya menjeling ke sisi. ‘Patutlah aku rasa sunyi saja.
Rupanya Ilyas pun dah terlelap.’ Bisik hati Irdina melihat adiknya yang
terbaring di hadapan televisyen. Rata-rata penghuni rumah itu telah tertidur
kerana kepenatan. Kini tinggal dia seorang yang masih tercongok di situ.
Perlahan-lahan dia bangun dan menekan butang tutup pada alat kawalan jauh.
“Ilyas!
Bangun. Tidur dalam bilik.” Kejut Irdina.
Ilyas
yang tersedar terus bangun. Dalam keadaan mata yang separuh buka, dia bergerak
ke arah biliknya. Irdina tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Tombol pintu
bilik dipulas perlahan agar tidak mengeluarkan bunyi. Dia tidak mahu
mengejutkan Razif yang sedang lena di katil. Irdina bergerak ke arah meja solek
dan mencapai sikat. Getah pengikat rambut dirungkaikan dan dia menyikat rambut
sambil matanya mencuri pandang tubuh Razif melalui cermin. Walaupun bilik
tersebut hanya diterangi cahaya lampu tidur, tetapi Irdina masih dapat
melihatnya. Bibirnya mengukir senyum setelah melihat mulut Razif sedikit
terbuka dan mengeluarkan bunyi dengkuran.
Melihat
keadaan suaminya itu dia teringat kembali akan kenakalannya sewaktu kecil.
Dahulu jika dia terlihat bapanya tertidur dalam keadaan sebegitu di waktu
siang, dia akan mengambil seketul garam kasar dan mengikatnya dengan benang.
Dia akan ‘mengail’ mulut bapanya ‘berumpankan’ garam tersebut. Pak Cik Idris
selalunya akan terjilat garam tersebut dan bangun serta merta. Irdina akan
ketawa terkekeh-kekeh walaupun ada ketikanya Pak Idris memarahinya. Dia tahu
bapanya itu tidak bersungguh-sungguh marahkannya dan ada ketika akan ketawa
bersamanya.
‘Kalau
aku mengail dia, boleh tak? Tapi aku tak tahu macam mana reaksi dia nanti.
Kalau abah tentu dah lali dengan perangai aku dan boleh terima gurauan tu. Dia
ni boleh diajak melawak tak? Hish! Tak beranilah aku nak ambil risiko. Buatnya
dia marah-marah, malu aku.’ Bisik hati Irdina membatalkan niat yang terlintas
di benaknya.
Irdina
menghampiri katil dan melabuhkan tubuhnya perlahan-lahan di sisi Razif. Ada
resah dan bimbang di hatinya. Tetapi sedaya upaya dikawalnya. Dia sedar
tanggungjawabnya sebagai isteri perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Razif adalah
suaminya yang wajib ditaati dan dilayan dengan baik. Irdina cuba meminimakan
gerakkannya agar tidur Razif tidak terganggu. Razif tersedar ketika Irdina cuba
membetulkan selimut di tubuhnya.
“Sayang.”
Razif menarik tubuh Irdina agar berbaring rapat dengannya.
“Maafkan
Irdina sebab dah membuatkan abang terjaga.” Irdina memandang wajah Razif, gementar.
“Tak
mengapa. Sayang dah habis menonton ke? Maaflah sebab abang letih sangat dan tak
dapat temankan sayang. Dan maafkan abang sebab tak dapat jalankan tanggungjawab
abang, malam ni. Tentu sayang hampa.” Razif mencium pipi isterinya yang
tersenyum manis menatap wajahnya.
“Eh,
tak mengapa. Irdina faham keadaan abang. Esok abang nak pandu jauh. Tentu
perlukan rehat dan tenaga yang cukup. Abang jangan rasa bersalah pula. Irdina
okey saja. Jangan risau, ya.” Irdina memegang pipi Razif sambil tersenyum lega.
Perasaan resah yang ada di hatinya seolah hilang dengan pengakuan Razif.
“Hrmm…
bagi abang rehat dulu. Pagi nanti kalau abang dah okey, abang beri. Sabar ya, sayang.”
Razif berkata dengan mata separuh terbuka. Tangannya memeluk tubuh Irdina.
“Tak
apa. Abang tak payah fikirkan soal tu. Irdina nak abang rehat betul-betul.
Abang tak beri pun tak apa. Irdina tak
akan tuntut.” Bersungguh-sungguh Irdina menyakinkan Razif. ‘Hish! Kenapa dia
fikir aku yang kemaruk sangat? Padahal, aku rasa nak lari sembunyi bawah katil
saja ni.’ Bisik hati Irdina.
“Hrmm…
esok, ya.” Razif bercakap dalam mamai. Matanya makin tertutup rapat. Nafasnya
menyapa wajah Irdina yang hanya seinci dari wajahnya.
‘Aduh!
Nak buat macam mana ni? Buatnya pagi-pagi esok dia dah tuntut, tak kan aku nak
lari pusing katil? Gegak gempita pula nanti. Tak mahulah.’ Irdina berfikir
sendiri.
‘Kalau
sembunyi bawah katil, okey tak?’ Irdina bersoal jawab di dalam benaknya. Dia
mencebikkan bibirnya sambil tergeleng kecil. ‘Kalau tanya Balkis, tentu dia
gelak keras perut. Aku nak tanya pendapat siapa ni?’ Irdina bermonolog sendiri.
Apabila merasakan pelukan Razif kian longgar, Irdina menarik nafas lega.
Perlahan-lahan dia membetulkan posisi badannya agar wajahnya tidak terlalu
rapat dengan wajah Razif. Matanya dipejamkan dan lama kelamaan dia tertidur
juga.
3 ulasan:
hehehe...sabar je ayat Razif :) cepat continue hehe ~,~
sabor le...hahaha
cpt smbung yea
Catat Ulasan