Ini bukan kisah biasa. Kisah jodoh pertemuan yang
tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan
mengundang bibit cinta tetapi rasa benci yang semakin mendalam. Manusia
merancang, Tuhan tentukan. Siapa sangka dengan hanya salah faham yang kecil,
mereka disatukan ibarat kahwin ekspress. Terpaksa pula berkampung di pusat
pemindahan banjir sehari selepas berkahwin. Luar biasa bukan!
Betullah orang pernah cakap, bercinta selepas kahwin
lebih membahagiakan. Ya, Irdina rasa bahagia. Tetapi hanya luaran nampak
bahagia. Tetapi di dalam hati siapa yang tahu. Hidup Irdina dikawal sepenuhnya.
“Kenapa aku rasa makin kecewa dan sedih padahal
dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang dan perlindungan
melimpah ruah. Tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? Luaran bahagia
tetapi dalam hati aku menderita. Ramai kata aku bertuah kerana dapat suami dan
keluarga yang penyayang. Tapi hakikatnya, aku tak bahagia.”
Berpuluh nasihat diberi kepada Razif tetapi ibarat
masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Semakin hari kawalan Razif semakin
teruk. Bukan hanya pakaian dan makanan malah pergaulan dan perkara yang disukai
Irdina juga disekat. Irdina semakin terkongkong.
“Masalah apa? Tak kan nak masuk tandas pun dia kena
pilih? Berpadalah nak kawal bini pun. Ini tidak, semua benda dia tentukan.
Dalam, luar semua nak kontrol. Kalau saya... dah lama meletup. Kita pun
manusia, bukan robot. Dia tu dah macam Abang King Kontrol.”
Bagi Razif semua yang dibuatnya untuk kebaikan
Irdina juga, sehinggakan berkawan dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak
dibenarkan. Haram katanya. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya
sahaja. Akaun Facebook ditutup. Minum air bandung tak dibenarkan. Memandu
dilarang. Wajib berhenti kerja. Pakai baju warna pink pun haram.
“Razif tak pernah anggap dia hamba. Tapi kalau dia
dah tak mahu tinggal dengan Razif dan ikut semua yang Razif kata, dia boleh
berambus dari sini.”
2 ulasan:
Berjaya menghabiskan bacaan novel 'AKC' 06.05.14
Sangat2 best....
Tahniah...teruskan berkarya...
Terima kasih Rose Aleyna kerana sudi menyokong AKK dan sukakannya.
Insya Allah akan terus berkarya selagi ada permintaan
Catat Ulasan