Pengikut

Selasa, 25 Disember 2012

Terima Kasih Buat Semua

Alhamdulillah. Tak sampai seminggu masuk pasaran, I Love You Cikgu telah berada dalam senarai Terhangat Di Grup Buku. http://buku.karangkraf.com/
Ini merupakan satu cabaran buat saya untuk menghasilkan buku yang lebih baik dan berkualiti di masa hadapan. Saya amat berharapkan komen pembaca untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan karya saya. Komen-komen yang diberikan akan dapat menjadi perangsang dan penyuntik semangat untuk saya.
Novel pada saya adalah medium yang dapat memberi kesedaran jika isi ceritanya kena gaya. Nasihat dan panduan dalam novel menyentuh kehidupan harian malah merangkumi hukum hakam agama. Boleh dijadikan dakwah dan mengajar pembaca agar mematuhi ajaran agama. Suatu perkara yang makin ketara dalam novel masa kini, Alhamdulillah.
Jika novel yang melibatkan hukum, penulis perlu meneliti dan bertanya pada yang pakar. Begitu juga jika melibatkan fakta, penulis perlu buat kajian sebelum memaparkannya. Memang kena banyak membaca.
Tolong tegur saya jika apa yang saya paparkan tidak berkualiti, salah fakta atau apa saja. Saya tak ambil hati jika karya saya dikatakan mengarut ( dlm penulisan http://www.penulisan2u.my/2012/12/novel-abang-king-control-ke-9/ ) malah akan berterima kasih kepada yg berani tegur. Ini untuk kebaikan saya. Pembaca sebagai filter. Saya takut terus beranggapan karya saya baik sebab I Love You Cikgu hanya disunting sedikit sahaja oleh editor. Editor saya menerima hampir keseluruhan isi manuskrip itu.
Akhir kata, terima kasih untuk semua yang sudi membeli dan membaca I love You Cikgu. Siapalah penulis tanpa pembaca. Terima kasih juga saya ucapkan buat team Buku Prima terutama editor saya, Norhawanis Othman. Insya-ALLAH saya sedang mengusahakan manuskrip baru bertajuk KIES 9 sebagai novel kedua.

p/s Novel bersiri Abang King Control ke mungkin saya akan olah semula dan akan dihentikan siarannya buat sementara. Harap peminat siri ni tak marah, ya.

2 ulasan:

Farra DeLee berkata...

Fighting buat aunty!

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Ya..fighting dgn diri sendiri. Tambahan sek pun dh nak mula. Sibuk gilerr..