Irdina
menyarung kembali tudung kepalanya dan mencapai kunci rumah. Dia ingin
mendapatkan kembali telefonnya di rumah Razif. Setelah mengunci pintu rumah,
dia melangkah ke rumah Razif.
“Irdina!”
panggil Bakar yang tergesa-gesa keluar dari kawasan rumahnya.
Irdina
menoleh seketika. Hatinya makin resah melihat Bakar yang tersenyum simpul menghampirinya.
“Nak
ke mana pula? Kata demam tapi berjalan ke sana sini,” tanya Bakar.
“Saya
nak ambil barang yang tertinggal di rumah Mak Cik Sopiah,” jawab Irdina sambil
mempercepatkan langkahnya.
“Abang
Burn temankan Irdina, ya?” Bakar menyaingi langkah Irdina.
“Tak
mengapalah. Saya boleh pergi sendiri.”
“Janganlah
begitu. Kalau Irdina terjatuh, nanti Abang Burn boleh tolong.”
Irdina
terus melangkah tanpa memperdulikan Bakar. Perasaan cemas dan takut menguasai
diri.
“Irdina
ni sakit ke tidak? Laju saja jalannya.” Bakar cuba mencapai tangan Irdina.
Irdina
sempat mengelak dan memasuki kawasan rumah Mak Cik Sopiah. Ustaz Azmi yang
masih berada di situ segera mendapatkan Irdina.
“Kenapa
Irdina?” tanya Ustaz Azmi.
“Abang
Burn,” jawab Irdina lalu berdiri di belakang Ustaz Azmi.
“Apa
khabar Abang Burn?” tanya Ustaz Azmi. Matanya tepat memandang wajah Bakar.
“Khabar
baik. Ustaz buat apa di sini?” tanya Bakar, pura-pura tidak tahu.
“Saya
baru habis mengajar Rosnah. Abang Burn buat apa kejar Irdina?”
“Aku
tak kejar dialah. Aku cuma nak temankan dia. Tak salahkan?”
“Salah
tu Abang Burn. Dia anak dara, tak manis berjalan berdua dengan lelaki bukan
mahram.”
“Yang
kau tu mahram dia ke?”
“Saya
pun bukan mahram dia. Tapi saya hormati dia. Tak manis Abang Burn ganggu anak
dara orang. Nanti apa pula kata jiran lain. Kalau Kak Zetty tahu, tentu dia
mengamuk.”
Bakar
hanya mendengus dan berlalu pergi.
“Irdina
tak apa-apa ke?” tanya Ustaz Azmi.
“Saya
tak apa-apa. Cuma rasa takut sangat tadi. Terima kasih kerana buat dia pergi.”
Ustaz
Azmi tersenyum memandang Irdina. Irdina juga membalas senyuman itu. Lesung pipitnya
kelihatan di kedua-dua belah pipinya.
“Cantik
lesung pipit awak. Macam pelakon Hindustan, Preity Zinta,” puji Ustaz Azmi.
“Terima
kasih.” Irdina melihat sekeliling. Dia terperasan yang Razif tiada di situ.
“Awak
cari Razif ke?” tanya Ustaz Azmi.
“Tak.
Saya nak ambil telefon yang tertinggal.”
“Kalau
begitu, masuklah. Razif mungkin ada di bilik air.”
Irdina
masuk ke rumah dan menuju ke bilik tamu. Dia membuka bilik dan masuk ke
dalamnya. Matanya mencari-cari telefon yang tertinggal tetapi gagal dikesan.
‘Rasanya
tadi aku tinggal atas meja ni. Mana pula perginya?’ bisik hati Irdina.
Sedang
dia asyik mencari, tiba-tiba Razif keluar daripada bilik air. Irdina tergamam
dan mulutnya seolah terkunci. Tidak mampu menjerit atau berkata. Matanya
terbeliak merenung Razif.
“Kenapa datang semula? Rindu pada abang ke?” Razif
menyindir.
“Tolong
sikit! Siapa nak rindukan awak?” Marah Irdina, seolah mendapat kembali
semangatnya setelah disindir begitu.
“Habis
tu kenapa masuk ke sini lagi? Tentu cari abangkan?” Razif semakin menghampiri
Irdina.
“Saya
cuma nak cari telefon saya. Awak ada nampak tak?”
“Awak
ni memang tak reti nak panggil abang ke? Abang lebih tua dari Irdina. Panggil
abang, jangan panggil awak saja.”
“Baiklah
abang sayang! Ada nampak telefon saya tak?” tanya Irdina dengan nada yang
geram.
“Begitulah.
Sejuk rasa hati dengar Irdina panggil abang sayang.” Razif berdiri betul-betul
di hadapan Irdina.
“Tolonglah!
Mana telefon saya? Susah nanti kalau tak ada telefon tu.” Irdina agak cemas.
“Mana
awak tahu telefon tu ada di sini? Jangan-jangan awak tertinggal di rumah dan
sengaja cari alasan untuk jumpa abang.” Razif sengaja hendak mendera perasaan
Irdina. Seronok rasa dapat mengusik Irdina.
Irdina
berasa kecewa kerana gagal mendapatkan telefonnya. Pelbagai bayangan buruk
mengganggu mindanya. Banyak maklumat dan nombor yang penting terdapat di dalam
telefon itu. Jika telefon itu hilang, bermakna dia terpaksa mencari semula
termasuk nombor-nombor pelanggan syarikat. Dan yang paling ditakutinya kini,
gangguan Bakar. Takut bila dia keseorangan di rumah, dia gagal menghubungi
sesiapa untuk menolongnya disaat genting. Akhirnya Irdina duduk di birai katil
sambil menangis.
Razif
agak terkejut kerana tidak menyangka Irdina akan menangis di hadapannya. Dia
ingin memujuk Irdina tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, pintu bilik dibuka
oleh emaknya.
“Razif!
Apa yang Razif dah buat pada Irdina?” tanya Mak Cik Sopiah terkejut. Dia
menyangka anak yang dipercayainya telah melakukan perkara yang boleh
mencemarkan nama baiknya.
“Razif
tak buat apa-apa pun.”
“Kalau
tak buat apa-apa, kenapa Irdina menangis?” tanya Mak Cik Sopiah, geram.
“Dia
menangis sebab telefon dia. Bukan sebab Razif.”
“Kenapa
Razif masuk ke bilik ni sedangkan Razif tahu dia ada di dalam?” soal Mak Cik Sopiah,
tidak berpuas hati.
“Dia
dah balik sekejap tadi. Manalah Razif tahu dia nak datang balik. Bila Razif
keluar daripada bilik air, dia dah ada di dalam ni.”
“Jangan
buat cerita. Mak tak suka anak mak cakap bohong. Beritahu perkara sebenar. Apa
yang Razif dah buat?” Mak Cik Sopiah makin marah.
“Hisy!
Mak ni tak mahu percaya pada Razif pula. Razif tak bohonglah. Kalau mak tak
percaya, mak tanya dia.”
Mak
Cik Sopiah duduk di birai katil bersebelahan Irdina. Dia menggosok belakang
Irdina untuk memujuk Irdina.
“Jangan
menangis Irdina. Apa pun yang Razif dah buat pada Irdina, mak cik akan suruh
dia bertanggungjawab,” pujuk Mak Cik Sopiah.
“Apa
maksud mak cik?” tanya Irdina, hairan.
“Kalau
Irdina setuju, mak cik sanggup terima Irdina sebagai menantu.” Mak Cik Sopiah
meluahkan apa yang tersimpan di hatinya.
“Tapi
mak cik, saya tak sanggup.”
“Takkan
Irdina nak biar Razif begitu saja? Irdina tak takut apa orang kata kalau tahu
Razif dah buat benda tak elok pada Irdina?”
“Benda
tak elok? Maksud mak cik?” Berkerut dahi Irdina memikirkan kata-kata Mak Cik
Sopiah.
“Ya,
benda yang Razif dah buat pada Irdina tadi. Kalau tidak kenapa Irdina
menangis?”
Irdina
berfikir sejenak. Dia tahu maksud Mak Cik Sopiah dan merasakan itulah peluang
untuk memperolokkan Razif.
“Abang Razif dah mempermainkan
saya. Dia dah hilangkan benda yang amat berharga buat diri saya. Lepas tu tak
nak mengaku pula.” Sengaja Irdina tidak menyebut dengan jelas telefon yang
hilang.
Terkejut
Mak Cik Sopiah mendengar pengakuan Irdina. Dia menyangka telahan yang dibuatnya
sebentar tadi adalah benar.
“Razif!
Mak tak peduli. Razif kena kahwin juga dengan Irdina. Kenapa tak sabar sangat
sampai sanggup buat Irdina begini?”
“Mak!
Mak dah salah faham ni. Razif tak buat apa-apa pun pada dia. Razif cuma periksa
gusi dia dan kemudian suruh dia minum air satu liter. Itu saja.”
“Jangan
bohong! Irdina pun dah mengaku. Kalau tak kerana Razif siapa lagi?” tanya Mak
Cik Sopiah dengan radangnya.
“Irdina!
Tolong jelaskan pada mak, kita tak buat apa-apa. Mak dah salah faham tu.”
“Nak
jelaskan apa abang? Irdina tak faham.” Irdina buat muka selamba.
Agak
terkejut Mak Cik Sopiah kerana Irdina memanggil Razif, abang kerana sebelum ini
Irdina memanggil Razif dengan panggilan doktor. Dia mula menaruh syak hubungan mereka berdua.
“Irdina
dah pernah kenal Razif sebelum ni?” tanya Mak Cik Sopiah.
“Ya,
kami pernah jumpa di Pasar Mini sebelum saya berpindah ke sini.”
“Hah!
Razif, jangan nak nafi lagi hubungan Razif dengan dia. Depan mak, Razif kata
tak mahu kahwin tetapi belakang mak, Razif permainkan perempuan. Mak kesal
dengan sikap Razif. Mak sangka Razif betul-betul nak cari isteri yang solehah
dan bertakwa tetapi itu semua sebagai alasan Razif saja. Mak tak kira! Razif
kena kahwin dengan Irdina,” kata Mak Cik Sopiah, tegas.
Razif
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang Irdina yang masih
termenung kesedihan. “Irdina! Tolonglah. Beritahu mak perkara sebenar.” Razif
mengejutkan Irdina dari lamunan.
“Apa?
Nak beritahu apa?” tanya Irdina kebingungan.
“Awak
dengar tak apa yang mak cakap tadi?” tanya Razif.
“Cakap
apa?” tanya Irdina, keliru. Sebenarnya dia tidak memperdulikan apa yang Mak Cik
Sopiah katakan tadi. Di mindanya hanyalah memikirkan soal telefonnya sahaja.
“Hisy!
Mak cakap panjang lebar, dia boleh termenung saja. Tolong jelaskan yang kita
tak ada apa-apa hubungan. Dan kita tak buat apa yang mak fikirkan tu,” kata
Razif kepada Irdina.
“Apa
yang mak cik cakap tadi? Hubungan apa yang abang maksudkan?”
Razif
yang geram dengan sikap Irdina, bertindak memegang kedua-dua bahu Irdina sambil
melutut di hadapan Irdina. Mak Cik Sopiah agak terkejut dengan tindakan Razif
tetapi dia hanya membiarkan untuk melihat apa yang akan dikatakan oleh Razif.
“Dengar
sini! Telefon awak tak hilang. Saya simpan dengan ubat awak sekali. Tolong
beritahu mak, kita tak buat benda yang tak senonoh tadi. Awak yang masuk ke
bilik ni selepas awak balik ke rumah tadi. Kita tak ada apa-apa hubungan yang
perlu kita kahwin. Faham tak?” kata Razif, geram.
Irdina
yang agak terkejut mendengar kata-kata Razif segera menolak tangan Razif
sehingga membuatkan Razif terduduk.
“Jangan
pegang saya. Saya tak suka. Mana telefon saya? Tolong beri supaya saya boleh
balik,” kata Irdina tanpa mahu memberitahu hal sebenar kepada Mak Cik Sopiah.
Sengaja
dia membiarkan Mak Cik Sopiah beranggapan begitu supaya Razif akan terus
dipersalahkan. Sengaja dia ingin mendera perasaan Razif.
“Irdina,
tolonglah jelaskan hal sebenar,” rayu Razif.
Irdina
berdiri tanpa memperdulikan Razif yang masih duduk di lantai. Mak Cik Sopiah hanya
memerhati kelakuan mereka berdua. Keengganan Irdina menjelaskan hal sebenar
membuatkan hati Mak Cik Sopiah menaruh syak terhadap anaknya sendiri.
“Abang
sayang… telefon saya,” kata Irdina bertujuan menyakitkan hati Razif.
Razif
yang meradang, bangun dan berlalu dari situ. Dia menghempas pintu sekuat hati
kerana geram dengan sikap Irdina. Irdina hanya tersenyum memerhatikan tingkah
laku Razif.
“Irdina,
maafkanlah anak mak cik. Mak cik janji, akan pujuk dia untuk mengahwini
Irdina,” janji Mak Cik Sopiah.
“Tak
apalah mak cik. Jangan paksa dia. Saya pun tak kisah kalau tak kahwin dengan
dia.”
Mak
Cik Sopiah mendiamkan dirinya. Di dalam hatinya dia merancang untuk memujuk
mereka berdua agar segera bersetuju untuk disatukan. Perlahan-lahan Mak Cik Sopiah
mengikuti langkah Irdina keluar dari bilik tersebut.
3 ulasan:
wahahahaha kelakar lah,, cepat2 sambung tk sabar ni kak, nak tengok kisah mereka..
^_^ sabor
nice story...x sabar n tggu entry bru...thumb up....:)
Catat Ulasan