Di
dalam biliknya, Sara Raihana duduk memerhatikan kakak ipar pertamanya Kak Haida
dan Kak Emma tuan punya Butik Idaman Pengantin serta seorang pekerja lelaki yang
sedang sibuk memasang tirai dan lain-lain kelengkapan untuk bilik itu. Apabila
dia hendak menolong, mereka menegah malah menyuruhnya memerhati dan memberi komen
jika ada yang tidak kena di hatinya.
Sara Raihana adalah anak bongsu di dalam keluarga yang seramai empat
orang dan dialah satu-satunya anak perempuan keluarga itu. Mungkin kerana itu
dia sering dimanjakan dan jarang membuat kerja-kerja berat.
“Kak
Haida, kain tu senget sikitlah.” Sara Raihana memberi komen apabila melihatkan
kain yang dipasang belakang kepala katilnya tidak seimbang dan senget sebelah.
“Sebelah
mana?” tanya Kak Haida.
“Tu
yang sebelah kanan Kak Haida. Kena naik atas sikit.”
Kak
Haida turut memerhatikan bahagian yang ditunjuk oleh Sara Raihana dan bertanya
kembali untuk mendapatkan kepastian. Setelah berpuas hati, pekerja lelaki
tersebut melekatkan kain berwarna biru muda tersebut di bahagian atas tirai
berwarna putih.
Sara
Raihana memilih tema biru putih untuk bilik tidurnya. Dia memilih warna biru
muda kerana tertarik dengan warna tersebut. Dia pernah terbaca di dalam sebuah
majalah bahawa warna biru melambangkan kejujuran dan kemuliaan serta cinta yang tulus
ikhlas, menonjolkan perasaan kasih sayang, ketenangan dan kelembutan hati
seorang wanita. Warna biru adalah warna sejuk yang melambangkan langit, air laut
dan sungai. Elemen semulajadi yang menjadi kesukaannya.
Set
cadar pengantin adalah daripada satin corak kerawang awan larat berwarna putih
dan biru amat berpadanan dengan dinding bilik yang berwarna biru gelap. Katil,
almari, lampu tidur serta gubahan bunga
- bunga segar kesemuanya berwarna putih.
“Dah
selesai pun kerja kita. Sedap mata memandang bilik ni. Romantik pun ada,” kata
Kak Haida sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Sara Raihana. Sara Raihana hanya
tersenyum.
“Kak
Emma hadiahkan pewangi aromaterapi ni kepada Sara kerana menggunakan
perkhidmatan kami. Sara tahu tak, bau-bauan yang harum daripada pewangi
aromaterapi dapat merehatkan badan dan minda yang letih lepas seharian penat
kenduri kahwin,” kata Emma.
“
Terima kasih Kak Emma.”
“
Sama-sama. Kak Emma minta diri dulu. Insya Allah, esok Kak Emma datang lagi,”
kata Emma lalu melangkah ke luar bersama-sama pekerja lelaki dan Kak Haida.
Sebelum
sempat Sara Raihana melangkah ke luar bilik, telefonnya berbunyi. Izzat Hafis
menelefonnya untuk bertanya khabar tentang persiapan terakhir majlis akad nikah
dan perkahwinan mereka. Sara Raihana duduk di birai katil sambil berbual mesra.
Esok mereka akan disatukan di dalam ikatan perkahwinan. Majlis akad nikah akan
diadakan di rumah Sara Raihana pada waktu petang. Hati Sara Raihana penuh
dengan bunga-bunga bahagia kerana tidak lama lagi akan bergelar isteri kepada Izzat
Hafis, lelaki yang dicintainya sejak di bangku sekolah lagi. Malam ini pastinya
dia akan tidur dengan lena dibuai mimpi yang indah.
gambar dr encik google.( lebih kurang mcm ni, gambaran bilik pengantin Sara Raihana)
Pada
waktu yang sama di asrama sekolah, Chan Chee Hong sedang resah gelisah. Hari
ini dia akan pulang ke rumah papanya kerana sekolah bercuti sempena perayaan
Tahun Baru Cina. Bagaimana penerimaan papanya nanti jika dia mendapat tahu
bahawa anaknya telah memeluk Islam secara diam-diam? Ustazah Habsah menyuruhnya
pulang dan berkelakuan biasa. Dia tidak perlu membataskan hubungannya dengan
keluarga kerana Islam tidak memisahkan keluarga malah perlu bersikap baik dan
menghormati mereka selagi tidak bertentang dengan suruhan Allah.
Berita
pengislaman Chan Chee Hong tidak tersebar luas dan hanya diketahui oleh
beberapa orang guru dan kawan-kawan sebiliknya sahaja. Hal ini juga tidak
diketahui oleh Sara Raihana kerana Chan Chee Hong tidak membenarkan Ustazah
Habsah memberitahu Sara Raihana dalam waktu terdekat ini. Chan Chee Hong tidak
mahu menganggu Sara Raihana yang sedang sibuk menguruskan soal perkahwinannya.
Sebenarnya Sara Raihana telah pulang ke Bukit Mertajam pada hari Chan Chee Hong
mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustazah Habsah sekeluarga, Ustaz Hadi
dan Cikgu Maimunah. Majlis pengislamannya dilakukan di rumah Ustazah Habsah
yang telah dijadikan keluarga angkat bagi mengelakkan berita itu diketahui
ramai.
Papanya
akan tiba petang ini untuk mengambilnya pulang ke rumah. Dalam menanti, debaran
hati turut terasa, tambahan pula bila memikirkan dia sekeluarga perlu pulang
meraikan tahun baru di rumah datuknya yang terletak di Langkap, Perak. Kalau di rumah papanya, dia
mungkin dapat mengelak daripada memakan benda-benda yang diharamkan kepada umat
Islam tetapi bagaimana di rumah datuknya nanti? Bagaimana hendak mengelak
daripada memakan masakan tidak halal di dalam majlis ‘makan besar’ yang telah menjadi tradisi
hidup mereka semua?
Dari
jauh dia melihat kereta Honda Accord papanya, Chan Koon Cheng
telah memasuki kawasan sekolah dan menuju ke arahnya. Buat pertama kalinya dia
akan pulang ke rumah sebagai seorang Muslim. Rahsia ini akan disimpan kemas di
dalam hatinya. Ustaz Hadi telah berpesan kepadanya agar tidak terlalu
menonjolkan keislamannya di hadapan keluarganya nanti, takut mereka akan
memaksanya meninggalkan agama Islam.
Chan
Chee Hong masih ingat tentang amalan Islam yang dilakukan secara sembunyi
selama 3 tahun pada peringkat permulaan dakwah Islam pada zaman Rasulullah
s.a.w yang dipelajarinya semasa di
tingkatan 4. Dia juga akan bertindak sebegitu, azamnya dalam hati.
“Chee
Hong, kenapa diam aje? Ada apa-apa masalah?” Pertanyaan Chan Koon Cheng mengejutkannya dari lamunan.
“Tak
ada apa-apa. Pa, boleh tak kalau saya pergi kenduri kahwin Cikgu Sara esok?”
Chan Chee Hong cuba mengalihkan perhatian papanya.
“Kat
mana?” tanya Chan Koon Cheng sambil mata mengawasi pemanduan. Chan Chee Hong
amat maklum akan sikap bapanya yang tidak banyak bercakap terutama dengan dia.
“Kat
Bukit Mertajam. Saya nak pergi dengan kawan dan guru sekolah. Kami nak pergi
beramai-ramai. Teringin rasanya nak tengok perkahwinan orang Melayu. Boleh ya,
pa? ”
“
Okey,” jawab bapanya sepatah tetapi cukup mengembirakan hati Chan Chee Hong.
Hasratnya untuk melihat bakal suami cikgu kesayangannya akan terlaksana.
10 ulasan:
best2 ,,tunggu nek n3
Thanks.. InsyaAllah akan disambung. teruskan mengikuti cerita ini.
Salam..Pemulaan yg bgus.. Unic sekali cerita ni..Mmg best akan sentisa ikuti..~,~
Waalaikumusalam. Terima kasih krn sudi membaca. InsyaAllah cerita ni juga saya buat tidak sama dengan mana2 cerita yg sedia ada dipasaran. Hayati cerita ni dgn perasaan. InsyaAllah anda dpt mesej yg ingin disampaikan.
Yup! Kebanyak kn citer semua hanya kisah biasa saja..Bukan bosan atau jemu. Tpi citernya hanya lebih kurang..Tpi kali ni. Semua novel sis mmg unic dan ada kelainan...Tajuk hanya simple..Isi dlm penuh dgn tanda tanye! Taniah sekali lagi..Peminat setia novel anda...~,~
Terima kasih krn menjadi peminat setia. InsyaAllah saya cuba sampaikan mesej dlm btk dan latar yg berbeza. Skrg tgh karang Ku Sha Is 9, penuh pengembaraan dan aksi.
Wow! Makin lama makin mantap..Tapi tu la..Semua novel pun belum ada di pasaran..Agak kecewala.. ANKA aku lum lagi jadi novel. ILYC pun same.. Lame nya menuggu..Huhu.~,~
Saya pun terpaksa tunggu setahun baru dpt ruang penerbitan. ANKA tu tak tahu lg sbb penerbit tak kata apa2 lgi.Sementara tunggu keluar, baca dulu di blog ni..TQ.
Sya dh baca novel ANKA dari bab1hingga bab34 kot! lupe..tu la, sedih nk tahu kesudhan terus cerita ni. ingatkan dh terbit novel nye di pasaran... kenapa perlu htr kt karya seni..kn byk penerbit buku lain.. terai htr kt INTENS IDEA FAUZIA ASHARI.. dia sdg cri yg nk terbit kn novel... karya seni telalu byk sgt di terbitkan..itu pun masih nk tapis2 lagi..huhuhu.. walau mcm pun sya harus sbr jugak kn..hehehe...
Terima kasih krn sukakan ANKA. InsyaAllah ada rezeki, keluarlah tu.Sesuatu karya tak boleh hantar pd dua penerbit.Saya pilih penerbit yg tak ikat penulis, bebas hantar ke penerbit lain. Intens tu, saya tak tahu polisi dia takut sama mcm SR (ikat penulis)
Catat Ulasan