Pengikut

Rabu, 7 November 2012

I LOVE YOU CIKGU - Bab 4

Sara Raihana hanya memerhatikan keriuhan sanak-saudara bergurau senda sambil menyiapkan kerja-kerja untuk majlis akad nikah dan seterusnya majlis perkahwinannya. Di luar kaum Adam sedang sibuk memasang khemah dan menyusun atur kerusi meja. Di dapur kaum Hawa sibuk menyiapkan makanan dan minuman untuk para tetamu.  Di ruang tengah rumah dua orang kakak iparnya dan sanak saudara yang lain sedang sibuk menyiapkan bunga telur, beg-beg hadiah dan cenderahati untuk tetamu. Ada juga yang sedang menyiapkan gubahan balasan hantaran lelaki.
Di dalam biliknya, Sara Raihana duduk memerhatikan kakak ipar pertamanya Kak Haida dan Kak Emma tuan punya Butik Idaman Pengantin serta seorang pekerja lelaki yang sedang sibuk memasang tirai dan lain-lain kelengkapan untuk bilik itu. Apabila dia hendak menolong, mereka menegah malah menyuruhnya memerhati dan memberi komen jika ada yang tidak kena di hatinya.  Sara Raihana adalah anak bongsu di dalam keluarga yang seramai empat orang dan dialah satu-satunya anak perempuan keluarga itu. Mungkin kerana itu dia sering dimanjakan dan jarang membuat kerja-kerja berat.
“Kak Haida, kain tu senget sikitlah.” Sara Raihana memberi komen apabila melihatkan kain yang dipasang belakang kepala katilnya tidak seimbang dan senget sebelah.
“Sebelah mana?” tanya Kak Haida.
“Tu yang sebelah kanan Kak Haida. Kena naik atas sikit.”
Kak Haida turut memerhatikan bahagian yang ditunjuk oleh Sara Raihana dan bertanya kembali untuk mendapatkan kepastian. Setelah berpuas hati, pekerja lelaki tersebut melekatkan kain berwarna biru muda tersebut di bahagian atas tirai berwarna putih.
Sara Raihana memilih tema biru putih untuk bilik tidurnya. Dia memilih warna biru muda kerana tertarik dengan warna tersebut. Dia pernah terbaca di dalam sebuah majalah bahawa warna biru melambangkan kejujuran dan kemuliaan serta cinta yang tulus ikhlas, menonjolkan perasaan kasih sayang, ketenangan dan kelembutan hati seorang wanita. Warna biru adalah warna sejuk yang melambangkan langit, air laut dan sungai. Elemen semulajadi yang menjadi kesukaannya.    
Set cadar pengantin adalah daripada satin corak kerawang awan larat berwarna putih dan biru amat berpadanan dengan dinding bilik yang berwarna biru gelap. Katil, almari, lampu tidur serta gubahan bunga - bunga segar kesemuanya berwarna putih.
“Dah selesai pun kerja kita. Sedap mata memandang bilik ni. Romantik pun ada,” kata Kak Haida sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Sara Raihana. Sara Raihana hanya tersenyum.
“Kak Emma hadiahkan pewangi aromaterapi ni kepada Sara kerana menggunakan perkhidmatan kami. Sara tahu tak, bau-bauan yang harum daripada pewangi aromaterapi dapat merehatkan badan dan minda yang letih lepas seharian penat kenduri kahwin,” kata Emma.
“ Terima kasih Kak Emma.”
“ Sama-sama. Kak Emma minta diri dulu. Insya Allah, esok Kak Emma datang lagi,” kata Emma lalu melangkah ke luar bersama-sama pekerja lelaki dan Kak Haida.
Sebelum sempat Sara Raihana melangkah ke luar bilik, telefonnya berbunyi. Izzat Hafis menelefonnya untuk bertanya khabar tentang persiapan terakhir majlis akad nikah dan perkahwinan mereka. Sara Raihana duduk di birai katil sambil berbual mesra. Esok mereka akan disatukan di dalam ikatan perkahwinan. Majlis akad nikah akan diadakan di rumah Sara Raihana pada waktu petang. Hati Sara Raihana penuh dengan bunga-bunga bahagia kerana tidak lama lagi akan bergelar isteri kepada Izzat Hafis, lelaki yang dicintainya sejak di bangku sekolah lagi. Malam ini pastinya dia akan tidur dengan lena dibuai mimpi yang indah. 

  gambar dr encik google.( lebih kurang mcm ni, gambaran bilik pengantin Sara Raihana)

Pada waktu yang sama di asrama sekolah, Chan Chee Hong sedang resah gelisah. Hari ini dia akan pulang ke rumah papanya kerana sekolah bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Bagaimana penerimaan papanya nanti jika dia mendapat tahu bahawa anaknya telah memeluk Islam secara diam-diam? Ustazah Habsah menyuruhnya pulang dan berkelakuan biasa. Dia tidak perlu membataskan hubungannya dengan keluarga kerana Islam tidak memisahkan keluarga malah perlu bersikap baik dan menghormati mereka selagi tidak bertentang dengan suruhan Allah.
Berita pengislaman Chan Chee Hong tidak tersebar luas dan hanya diketahui oleh beberapa orang guru dan kawan-kawan sebiliknya sahaja. Hal ini juga tidak diketahui oleh Sara Raihana kerana Chan Chee Hong tidak membenarkan Ustazah Habsah memberitahu Sara Raihana dalam waktu terdekat ini. Chan Chee Hong tidak mahu menganggu Sara Raihana yang sedang sibuk menguruskan soal perkahwinannya. Sebenarnya Sara Raihana telah pulang ke Bukit Mertajam pada hari Chan Chee Hong mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustazah Habsah sekeluarga, Ustaz Hadi dan Cikgu Maimunah. Majlis pengislamannya dilakukan di rumah Ustazah Habsah yang telah dijadikan keluarga angkat bagi mengelakkan berita itu diketahui ramai.
Papanya akan tiba petang ini untuk mengambilnya pulang ke rumah. Dalam menanti, debaran hati turut terasa, tambahan pula bila memikirkan dia sekeluarga perlu pulang meraikan tahun baru di rumah datuknya yang terletak di  Langkap, Perak. Kalau di rumah papanya, dia mungkin dapat mengelak daripada memakan benda-benda yang diharamkan kepada umat Islam tetapi bagaimana di rumah datuknya nanti? Bagaimana hendak mengelak daripada memakan masakan tidak halal di dalam majlis  ‘makan besar’ yang telah menjadi tradisi hidup mereka semua?
Dari jauh dia melihat kereta Honda Accord papanya, Chan Koon Cheng telah memasuki kawasan sekolah dan menuju ke arahnya. Buat pertama kalinya dia akan pulang ke rumah sebagai seorang Muslim. Rahsia ini akan disimpan kemas di dalam hatinya. Ustaz Hadi telah berpesan kepadanya agar tidak terlalu menonjolkan keislamannya di hadapan keluarganya nanti, takut mereka akan memaksanya meninggalkan agama Islam.
Chan Chee Hong masih ingat tentang amalan Islam yang dilakukan secara sembunyi selama 3 tahun pada peringkat permulaan dakwah Islam pada zaman Rasulullah s.a.w  yang dipelajarinya semasa di tingkatan 4. Dia juga akan bertindak sebegitu, azamnya dalam hati.
“Chee Hong, kenapa diam aje? Ada apa-apa masalah?” Pertanyaan Chan Koon Cheng mengejutkannya dari lamunan.
“Tak ada apa-apa. Pa, boleh tak kalau saya pergi kenduri kahwin Cikgu Sara esok?” Chan Chee Hong cuba mengalihkan perhatian papanya.
“Kat mana?” tanya Chan Koon Cheng sambil mata mengawasi pemanduan. Chan Chee Hong amat maklum akan sikap bapanya yang tidak banyak bercakap terutama dengan dia.
“Kat Bukit Mertajam. Saya nak pergi dengan kawan dan guru sekolah. Kami nak pergi beramai-ramai. Teringin rasanya nak tengok perkahwinan orang Melayu. Boleh ya, pa? ”
“ Okey,” jawab bapanya sepatah tetapi cukup mengembirakan hati Chan Chee Hong. Hasratnya untuk melihat bakal suami cikgu kesayangannya akan terlaksana. 

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best2 ,,tunggu nek n3

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Thanks.. InsyaAllah akan disambung. teruskan mengikuti cerita ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam..Pemulaan yg bgus.. Unic sekali cerita ni..Mmg best akan sentisa ikuti..~,~

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Waalaikumusalam. Terima kasih krn sudi membaca. InsyaAllah cerita ni juga saya buat tidak sama dengan mana2 cerita yg sedia ada dipasaran. Hayati cerita ni dgn perasaan. InsyaAllah anda dpt mesej yg ingin disampaikan.

Tanpa Nama berkata...

Yup! Kebanyak kn citer semua hanya kisah biasa saja..Bukan bosan atau jemu. Tpi citernya hanya lebih kurang..Tpi kali ni. Semua novel sis mmg unic dan ada kelainan...Tajuk hanya simple..Isi dlm penuh dgn tanda tanye! Taniah sekali lagi..Peminat setia novel anda...~,~

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Terima kasih krn menjadi peminat setia. InsyaAllah saya cuba sampaikan mesej dlm btk dan latar yg berbeza. Skrg tgh karang Ku Sha Is 9, penuh pengembaraan dan aksi.

Tanpa Nama berkata...

Wow! Makin lama makin mantap..Tapi tu la..Semua novel pun belum ada di pasaran..Agak kecewala.. ANKA aku lum lagi jadi novel. ILYC pun same.. Lame nya menuggu..Huhu.~,~

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Saya pun terpaksa tunggu setahun baru dpt ruang penerbitan. ANKA tu tak tahu lg sbb penerbit tak kata apa2 lgi.Sementara tunggu keluar, baca dulu di blog ni..TQ.

Tanpa Nama berkata...

Sya dh baca novel ANKA dari bab1hingga bab34 kot! lupe..tu la, sedih nk tahu kesudhan terus cerita ni. ingatkan dh terbit novel nye di pasaran... kenapa perlu htr kt karya seni..kn byk penerbit buku lain.. terai htr kt INTENS IDEA FAUZIA ASHARI.. dia sdg cri yg nk terbit kn novel... karya seni telalu byk sgt di terbitkan..itu pun masih nk tapis2 lagi..huhuhu.. walau mcm pun sya harus sbr jugak kn..hehehe...

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Terima kasih krn sukakan ANKA. InsyaAllah ada rezeki, keluarlah tu.Sesuatu karya tak boleh hantar pd dua penerbit.Saya pilih penerbit yg tak ikat penulis, bebas hantar ke penerbit lain. Intens tu, saya tak tahu polisi dia takut sama mcm SR (ikat penulis)