Pengikut

Sabtu, 10 November 2012

Aku Tak Tahu...

Kisah yang akan saya paparkan ini tidak melibatkan sesiapa yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia. Jika jalan ceritanya tersama, mungkin hanyalah kebetulan semata-mata. Janganlah saya diheret ke mahkamah kerana cerita ini. Saya tidak mahu bertanggungjawab apatah lagi didakwa di mahkamah. Walaupun saya dah jadi novelis (naik taraf sikit, konon) tapi saya masih tidak menerima sebarang bayaran mahupun apa-apa imbuhan dari hasil penulisan saya ni. Jadi jangan saman tau! Kesian saya, penulis miskin. Okey... dah melalut. Kita terus ke cerita yang ingin saya paparkan.

Cerita ini berlaku di sebuah kampung yang diberi nama A (nama kampung sebenar dirahsiakan). Sudah dua hari hujan turun tidak berhenti.  Sekejap lebat, sekejap perlahan tetapi tiada tanda-tanda akan berhenti. Sesekali terdengar guruh berdentum dan petir memancarkan cahayanya. Bergegar bumi apabila dipanah petir. Kerap benar petir menyambar di kawasan itu. Ada ketika terkena pokok dan  ada ketika terkena rumah penduduk. Tetapi tiada lagi orang yang meninggal akibat petir itu. Orang tua-tua kata, petir panah syaitan. Orang yang belajar sains kata sebab ada bijih atau galian yang terdapat di dalam tanah menyebabkan petir ‘tertarik’ ke situ. Macam teori elektriklah. Bila ada litar pintas, arus yang bocor akan dialirkan ke bumi.
Tetapi bagi kebanyakan penduduk di situ, ini semua kerana Pak Keri. Pak Keri merupakan seorang bomoh yang agak disegani dan digeruni oleh penduduk kampung. Setiap kali dia mengubati penyakit yang pelik, dia akan berjaya. Ada orang kata Pak Keri mengamalkan ilmu hitam untuk nampak hebat. Aku tak tahu kerana aku sendiri tak kenal ilmu putih atau ilmu hitam kerana tak kelihatan di mataku. Kalau tahi cicak, tahulah aku mana yang hitam, mana yang putihnya.
Orang kata, ilmu hitam Pak Keri adalah dari keturunannya atau kata popular sekarang... saka. Saka apa aku tidak tahu. Orang kata, kalau saka harimau seseorang pewaris akan berdamping dengan jin yang berbentuk harimau. Malah boleh berkata-kata dengan ‘harimau jadian’ itu. Aku tak tahu. Bab saka-saka ni aku tak suka. Menyusahkan! Dah bela, nak kena jamu. Orang kata Pak Keri sediakan pulut kuning, ayam golek, bertih, coke untuk bagi makan jin dia. Air coke pun ada! Biar betul jin ni. Makan memilih juga. Makanan tu diletak dalam talam dan dibiar di sudut rumah dia. Jin tu akan makan. Aku tak tahu sama ada Pak Keri yang makan atau jin dia. Sebab apa? Sebab aku tak tahu!
Hari ini aku pulang dari kerja seperti biasa. Tiba-tiba kereta yang aku naiki meragam dan enjinnya mati berhampiran rumah Pak Keri. Hujan masih lebat dan sesekali petir berdentum. Aku telan air liur kesat. Tengok rumah Pak Keri terang benderang.
‘Nak minta tolong ke tak? Kalau tak minta tolong, aku nak balik macam mana. Jauh lagi rumah aku ni.” Bisik hatiku, takut. Segala cerita hantu yang pernah aku tonton terlayar di minda. Kenapalah mereka buat cerita hantu? Momoklah, Hantu Boncenglah, Hantu dalam botol Kicaplah, Waris jari hantulah dan segala jenis hantu dijadikan filem. Itu belum masuk hantu Korea, hantu Jepun, hantu omputih dan hantu Siam yang aku tengok. Itulah gatal sangat nak tonton cerita macam tu. Sekarang siapa yang susah?
Aku capai telefon dan cuba menekan buka. “Alahai! Waktu macam nilah kau nak kong.”
Telefonku campak dalam beg tangan. Payung yang ada di dalam kereta, aku capai. Aku nekad untuk keluar. Dah beberapa kali aku terkentut dan baunya terperap di dalam kereta. Sudahlah panas, bau pula tu. Pewangi kereta pun tak dapat menandingi bau yang keluar dari gas perutku. Pergh! Boleh pengsan.
Hari telah menjelang senja sedangkan aku masih termangu-mangu di sisi kereta. Kenapa tiada sesiapa yang lalu ketika ini? Kalau ada yang lalu bolehlah aku meminta tolong. Apabila memikirkan hari kian gelap, aku menapak juga ke rumah Pak Keri. Teragak-agak aku hendak memanggilnya. Tiba-tiba aku terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengari sebelum ini. Nak kata Siam tak Siam. Nak kata Korea pun bukan. Bahasa apa, aku tak tahu.
Aku cuba mengintai dari celah lubang dinding papan yang agak usang. Aku lihat Pak Keri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil aku tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Aku cuba mencari lubang yang lebih besar untuk melihat dengan lebih jelas. Akhirnya aku menjumpai lubang yang lebih besar. Bibirku tersenyum. ‘Yes! Aku boleh skodeng.’
Melalui lubang tersebut, aku dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Pak Keri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba aku melihat mahkluk itu seperti memandang ke arahku. Bulu romaku meremang. Tanpa membuang masa aku terus melarikan diri.
Lintang pukang aku berlari walaupun ketika itu aku memakai baju kurung. Aku tidak menghiraukan lagi keadaan diriku sekarang. Yang penting aku kena lari. Makhluk yang kulihat tadi seolah-olah mengejarku dari belakang. Segala ayat Al-Quran tidak terkeluar dari mulutku. Seolah aku lupa apa yang pernah aku pelajari sebelum ni. Terketar-ketar tubuhku menahan takut dan sejuk. Petir pula menambah perisa perasaan takutku ini.
“Mak! Tolong!!” Aku menjerit, tak malu.
Terkocoh-kocoh ibu dan bapaku muncul di muka pintu. Mereka kehairanan melihat aku yang basah lencun dan kain yang terkoyak. Mungkin sebab aku berlari tadi. Aku menceritakan kepada bapaku. Bapaku sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Pak Keri. Bapaku mengatakan bahawa Pak Keri menggunakan jin peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
“Oh! Begitu rupanya. Jadi yang adik nampak tadi memang jin peliharaan dialah. Patutlah hodoh benar. Tapi dia pelihara jin apa? Jin Islam atau bukan Islam?”
“Orang pun kita tak dapat beza Islam atau tidak inikan pula jin. Islam atau tidak jin tu tetap tidak boleh dibuat kawan. ALLAH melarang kita meminta pertolongan bangsa jin tak kira atas tujuan apa. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Jadi jangan percaya pada tipu helah jin.” Ujar bapaku, tegas.
“Pergilah mandi.” Arah ibuku yang sedari tadi hanya mendengar ceritaku.
Aku mengangguk dan menurut arahan ibuku. Malam itu. aku berasa seperti tidak sedap badan, tubuhku terasa lemah. Mungkin kerana terkejut dengan peristiwa yang kulihat senja tadi. Selepas makan malam, aku terus masuk tidur. Apabila aku cuba hendak melelapkan mata tetapi terbau seperti bau bangkai di dalam bilikku. Aku cuba membuka mata tetapi kelopak mataku berasa amat berat sekali.
Aku cuba menjerit untuk memanggil bapaku tapi suaraku tersekat di kerongkong sahaja. Aku cuba membaca ayat suci yang diingati tetapi ayat-ayat tersebut tidak melintas di kepalaku. Berhempas pulas aku hendak melepaskan diri. Wajah hodoh yang ku lihat di rumah Pak Keri makin rapat denganku. Hamis, busuk, meloyakan bersatu dirongga hidung dan kerongkongku. Aku cuba menjerit...tolong....tolong....tolong!! Akhirnya aku berjaya juga menjerit memanggil bapaku, sebelum jatuh pengsan.
Apabila aku membuka mata, aku dapati rumahku penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Pak Keri. Aku memandang ke arah bapaku yang sedang menghampiri sambil tersenyum. Bapaku meminta diriku supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Aku cuba tersenyum dan terlelap kembali.
Pagi esok harinya, aku tersedar agak kesiangan. Mungkin ibu sengaja membiarkan aku berehat, lebih-lebih lagi aku ABC ( ALLAH beri cuti). Aku melihat bapaku berjalan diiringi ibuku dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid.
Aku bertanya bapaku apa yang berlaku. Bapaku menyuruh aku bersiap-siap untuk pergi menziarahi jenazah Pak Keri. Aku terkejut mendengarnya. Benakku penuh dengan persoalan tetapi kakiku tetap mengorak langkah ke bilik mandi.
‘Pak Keri meninggal? Apa sebabnya? Adakah dipukul beramai-ramai oleh orang kampung?’ Persoalan demi persoalan menerpa. Aku segera berpakaian dan mengikuti kedua-dua orang tuaku. Dari kejauhan aku melihat tidak ramai yang berada di tanah perkuburan tersebut. Mungkin kerana Pak Keri tidak disukai ramai, telahku.
Aku asyik melihat seorang lelaki yang sedang menggali di luar kawasan perkuburan. Kenapa menggali di sini? Adakah jenazah Pak Keri tidak sesuai dikuburkan bersama-sama yang lain.Hatiku terus berteka-teki.
 Tiba-tiba aku terdengar orang di dalam lubang bertempik apa ni! Aku berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapaku. Aku melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah. Aku juga terkejut tahap cipan!
Setelah diteliti maka sahlah sebenarnya di dalam lubang tadi terdapatnya...
SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar!
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Senah di talian bebas tol : 1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 4.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 4.00 sebungkus
Ubi rebus - RM 2.50 sebungkus
Ubi Mentah - RM 1.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada sesiapa yang berada di kawasan  Lembah Kinta sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI ... UBI… SAPE NAK BELI UBIIIII..

p/s Jangan mare eaa...lawak di petang Sabtu.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ye akak ,geram lah, nany kira ntah pa ntah dalam lubang tdi, nany kira ular atau apa gt. Ternyata. Oh ternyata.eh tp seram kak ceritanya, merinding tahap gaban dah ni.. By nany

sarimahshaniza @ Imanisa Riana berkata...

nany..
sorry erk. Tapi kalau dh merinding maknanya, akak ni ada bakat juga buat cerita seram kan? Hi..hi..lps ni nk try buat cerita seram pula.

Tanpa Nama berkata...

boleh kak seram,tp jangan malam ye tayang n3 nya takut tak bsa tidur lepas baca hehehe, . . Oh ya kak di tunggu ni, , kisah KING CONTROL sumpah best lah itu. nany

sarimahshaniza @ Imanisa Riana berkata...

InsyaAllah AKCK akan disambung lagi. Tp perlu dimurnikan lg bg menambah perisanya.

nini_abi berkata...

hahaha..sengal la akak

Tanpa Nama berkata...

err... tak faham. please explain to me. Pak Keri tu betul2 meninggal ke? Habis tu apa kaitannya dengan ubi gajah. Sorry tau cik penulis, I'm blurred right now.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

nini_abi,
sengal tak pa jangan sentap.

tanpa nama,
Jgn ambil serius cerita ni sbb ni sekadar jenaka. Pak keri memang meninggal tp yg watak aku tengok lubang tu di luar kawasan kubur. Tak ada kena mengena dgn Pak keri.. saja je nak bg rasa sengal dgn ending gitu.

Tanpa Nama berkata...

ape pon tak bolehhh

asyu asyura novelis berkata...

hahahaha mati2 ingat citer hantu..
rupa2nya nak buat iklan jual ubi..
mcm2lah writer ni..
apa2 pun writer ni mmg berbakat la..
tulis la citer hantu.. saya baca pun terasa takut alih2 rasa kelakar lak

Imanisa riana @ sarimah berkata...

asyu asyura,
akak tak brapa suka cerita hantu sebenarnya. Tp akak akan cuba buat mini novel utk kisah seram.

Tanpa Nama berkata...

Kihkihkih ketawa ni ceram ke kelako