Cerita ini berlaku di sebuah kampung yang diberi
nama A (nama kampung sebenar dirahsiakan). Sudah dua hari hujan turun tidak
berhenti. Sekejap lebat, sekejap
perlahan tetapi tiada tanda-tanda akan berhenti. Sesekali terdengar guruh
berdentum dan petir memancarkan cahayanya. Bergegar bumi apabila dipanah petir.
Kerap benar petir menyambar di kawasan itu. Ada ketika terkena pokok dan ada ketika terkena rumah penduduk. Tetapi
tiada lagi orang yang meninggal akibat petir itu. Orang tua-tua kata, petir
panah syaitan. Orang yang belajar sains kata sebab ada bijih atau galian yang
terdapat di dalam tanah menyebabkan petir ‘tertarik’ ke situ. Macam teori
elektriklah. Bila ada litar pintas, arus yang bocor akan dialirkan ke bumi.
Tetapi bagi kebanyakan penduduk di situ, ini semua
kerana Pak Keri. Pak Keri merupakan seorang bomoh yang agak disegani dan
digeruni oleh penduduk kampung. Setiap kali dia mengubati penyakit yang pelik, dia
akan berjaya. Ada orang kata Pak Keri mengamalkan ilmu hitam untuk nampak hebat.
Aku tak tahu kerana aku sendiri tak kenal ilmu putih atau ilmu hitam kerana
tak kelihatan di mataku. Kalau tahi cicak, tahulah aku mana yang hitam, mana
yang putihnya.
Orang kata, ilmu hitam Pak Keri adalah dari
keturunannya atau kata popular sekarang... saka. Saka apa aku tidak tahu. Orang
kata, kalau saka harimau seseorang pewaris akan berdamping dengan jin yang
berbentuk harimau. Malah boleh berkata-kata dengan ‘harimau jadian’ itu. Aku
tak tahu. Bab saka-saka ni aku tak suka. Menyusahkan! Dah bela, nak kena jamu. Orang
kata Pak Keri sediakan pulut kuning, ayam golek, bertih, coke untuk bagi makan
jin dia. Air coke pun ada! Biar betul jin ni. Makan memilih juga. Makanan tu diletak
dalam talam dan dibiar di sudut rumah dia. Jin tu akan makan. Aku tak tahu sama
ada Pak Keri yang makan atau jin dia. Sebab apa? Sebab aku tak tahu!
Hari ini aku pulang dari kerja seperti biasa.
Tiba-tiba kereta yang aku naiki meragam dan enjinnya mati berhampiran rumah Pak
Keri. Hujan masih lebat dan sesekali petir berdentum. Aku telan air liur kesat.
Tengok rumah Pak Keri terang benderang.
‘Nak minta tolong ke tak? Kalau tak minta tolong,
aku nak balik macam mana. Jauh lagi rumah aku ni.” Bisik hatiku, takut. Segala
cerita hantu yang pernah aku tonton terlayar di minda. Kenapalah mereka buat
cerita hantu? Momoklah, Hantu Boncenglah, Hantu dalam botol Kicaplah, Waris
jari hantulah dan segala jenis hantu dijadikan filem. Itu belum masuk hantu
Korea, hantu Jepun, hantu omputih dan hantu Siam yang aku tengok. Itulah gatal
sangat nak tonton cerita macam tu. Sekarang siapa yang susah?
Aku capai telefon dan cuba menekan buka. “Alahai!
Waktu macam nilah kau nak kong.”
Telefonku campak dalam beg tangan. Payung yang ada
di dalam kereta, aku capai. Aku nekad untuk keluar. Dah beberapa kali aku
terkentut dan baunya terperap di dalam kereta. Sudahlah panas, bau pula tu.
Pewangi kereta pun tak dapat menandingi bau yang keluar dari gas perutku.
Pergh! Boleh pengsan.
Hari telah menjelang senja sedangkan aku masih
termangu-mangu di sisi kereta. Kenapa tiada sesiapa yang lalu ketika ini? Kalau
ada yang lalu bolehlah aku meminta tolong. Apabila memikirkan hari kian gelap,
aku menapak juga ke rumah Pak Keri. Teragak-agak aku hendak memanggilnya. Tiba-tiba
aku terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak
pernah didengari sebelum ini. Nak kata Siam tak Siam. Nak kata Korea pun bukan.
Bahasa apa, aku tak tahu.
Aku cuba mengintai dari celah lubang dinding papan yang
agak usang. Aku lihat Pak Keri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana
lubang tersebut agak kecil aku tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Aku cuba
mencari lubang yang lebih besar untuk melihat dengan lebih jelas. Akhirnya aku menjumpai
lubang yang lebih besar. Bibirku tersenyum. ‘Yes! Aku boleh skodeng.’
Melalui lubang tersebut, aku dapat melihat bayangan
pada cermin tersebut bukanlah Pak Keri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri
wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba aku melihat mahkluk itu seperti memandang ke arahku. Bulu romaku
meremang. Tanpa membuang masa aku terus melarikan diri.
Lintang pukang aku berlari walaupun ketika itu aku
memakai baju kurung. Aku tidak menghiraukan lagi keadaan diriku sekarang. Yang
penting aku kena lari. Makhluk yang kulihat tadi seolah-olah mengejarku dari
belakang. Segala ayat Al-Quran tidak terkeluar dari mulutku. Seolah aku lupa
apa yang pernah aku pelajari sebelum ni. Terketar-ketar tubuhku menahan takut
dan sejuk. Petir pula menambah perisa perasaan takutku ini.
“Mak! Tolong!!” Aku menjerit, tak malu.
Terkocoh-kocoh ibu dan bapaku muncul di muka pintu.
Mereka kehairanan melihat aku yang basah lencun dan kain yang terkoyak. Mungkin
sebab aku berlari tadi. Aku menceritakan kepada bapaku. Bapaku sekadar
tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal
Pak Keri. Bapaku mengatakan bahawa Pak Keri menggunakan jin peliharaannya untuk
merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati
orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang
kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada
orang kampung.
“Oh! Begitu rupanya. Jadi yang adik nampak tadi memang
jin peliharaan dialah. Patutlah hodoh benar. Tapi dia pelihara jin apa? Jin
Islam atau bukan Islam?”
“Orang pun kita tak dapat beza Islam atau tidak
inikan pula jin. Islam atau tidak jin tu tetap tidak boleh dibuat kawan. ALLAH
melarang kita meminta pertolongan bangsa jin tak kira atas tujuan apa.
Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Jadi jangan percaya pada tipu
helah jin.” Ujar bapaku, tegas.
“Pergilah mandi.” Arah ibuku yang sedari tadi hanya
mendengar ceritaku.
Aku mengangguk dan menurut arahan ibuku. Malam itu.
aku berasa seperti tidak sedap badan, tubuhku terasa lemah. Mungkin kerana
terkejut dengan peristiwa yang kulihat senja tadi. Selepas makan malam, aku
terus masuk tidur. Apabila aku cuba hendak melelapkan mata tetapi terbau seperti
bau bangkai di dalam bilikku. Aku cuba membuka mata tetapi kelopak mataku
berasa amat berat sekali.
Aku cuba menjerit untuk memanggil bapaku tapi suaraku
tersekat di kerongkong sahaja. Aku cuba membaca ayat suci yang diingati tetapi
ayat-ayat tersebut tidak melintas di kepalaku. Berhempas pulas aku hendak
melepaskan diri. Wajah hodoh yang ku lihat di rumah Pak Keri makin rapat
denganku. Hamis, busuk, meloyakan bersatu dirongga hidung dan kerongkongku. Aku
cuba menjerit...tolong....tolong....tolong!! Akhirnya aku berjaya juga menjerit
memanggil bapaku, sebelum jatuh pengsan.
Apabila aku membuka mata, aku dapati rumahku penuh
dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Pak Keri. Aku memandang ke arah bapaku
yang sedang menghampiri sambil tersenyum. Bapaku meminta diriku supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Aku cuba tersenyum dan terlelap kembali.
Pagi esok harinya, aku tersedar agak kesiangan.
Mungkin ibu sengaja membiarkan aku berehat, lebih-lebih lagi aku ABC ( ALLAH
beri cuti). Aku melihat bapaku berjalan diiringi ibuku dengan pakaian seperti
orang ingin ke masjid.
Aku bertanya bapaku apa yang berlaku. Bapaku
menyuruh aku bersiap-siap untuk pergi menziarahi jenazah Pak Keri. Aku terkejut
mendengarnya. Benakku penuh dengan persoalan tetapi kakiku tetap mengorak
langkah ke bilik mandi.
‘Pak Keri meninggal? Apa sebabnya? Adakah dipukul
beramai-ramai oleh orang kampung?’ Persoalan demi persoalan menerpa. Aku segera
berpakaian dan mengikuti kedua-dua orang tuaku. Dari kejauhan aku melihat tidak
ramai yang berada di tanah perkuburan tersebut. Mungkin kerana Pak Keri tidak
disukai ramai, telahku.
Aku asyik melihat seorang lelaki yang sedang
menggali di luar kawasan perkuburan. Kenapa menggali di sini? Adakah jenazah
Pak Keri tidak sesuai dikuburkan bersama-sama yang lain.Hatiku terus
berteka-teki.
Tiba-tiba aku
terdengar orang di dalam lubang bertempik apa ni! Aku berlari untuk melihat
dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapaku. Aku melihat beberapa orang
dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik
sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, mereka semua
terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah. Aku juga
terkejut tahap cipan!
Setelah diteliti maka sahlah sebenarnya di dalam lubang tadi terdapatnya...
SEKETUL UBI
GAJAH yang sangat besar!
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah
menghubungi Senah di talian bebas tol : 1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 4.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 4.00 sebungkus
Ubi rebus - RM 2.50 sebungkus
Ubi Mentah - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 4.00 sebungkus
Ubi rebus - RM 2.50 sebungkus
Ubi Mentah - RM 1.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada sesiapa yang berada di kawasan Lembah Kinta sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI ... UBI… SAPE NAK BELI UBIIIII..
p/s Jangan mare eaa...lawak di petang Sabtu.
11 ulasan:
ye akak ,geram lah, nany kira ntah pa ntah dalam lubang tdi, nany kira ular atau apa gt. Ternyata. Oh ternyata.eh tp seram kak ceritanya, merinding tahap gaban dah ni.. By nany
nany..
sorry erk. Tapi kalau dh merinding maknanya, akak ni ada bakat juga buat cerita seram kan? Hi..hi..lps ni nk try buat cerita seram pula.
boleh kak seram,tp jangan malam ye tayang n3 nya takut tak bsa tidur lepas baca hehehe, . . Oh ya kak di tunggu ni, , kisah KING CONTROL sumpah best lah itu. nany
InsyaAllah AKCK akan disambung lagi. Tp perlu dimurnikan lg bg menambah perisanya.
hahaha..sengal la akak
err... tak faham. please explain to me. Pak Keri tu betul2 meninggal ke? Habis tu apa kaitannya dengan ubi gajah. Sorry tau cik penulis, I'm blurred right now.
nini_abi,
sengal tak pa jangan sentap.
tanpa nama,
Jgn ambil serius cerita ni sbb ni sekadar jenaka. Pak keri memang meninggal tp yg watak aku tengok lubang tu di luar kawasan kubur. Tak ada kena mengena dgn Pak keri.. saja je nak bg rasa sengal dgn ending gitu.
ape pon tak bolehhh
hahahaha mati2 ingat citer hantu..
rupa2nya nak buat iklan jual ubi..
mcm2lah writer ni..
apa2 pun writer ni mmg berbakat la..
tulis la citer hantu.. saya baca pun terasa takut alih2 rasa kelakar lak
asyu asyura,
akak tak brapa suka cerita hantu sebenarnya. Tp akak akan cuba buat mini novel utk kisah seram.
Kihkihkih ketawa ni ceram ke kelako
Catat Ulasan