‘Mungkin
Sara Raihana sedang sibuk sekarang ni atau mungkin masih menunaikan solat Maghrib,’
bisik hati Izzat Hafis.
Hujan
turun renyai-renyai di sepanjang jalan dari Pulau Pinang menghala ke Taiping. Pak Razak membawa kereta dengan berhati-hati kerana jalan agak licin.
Sesekali dia mencuri pandang ke belakang bagi melihat kereta anaknya yang
mengekori di belakang. Kereta anaknya agak ketinggalan sedikit di belakang,
berselang dua buah kereta yang lain.
“Izzat,
esok pukul berapa kita nak pergi rumah Sara?” tanya Pak Ngah Salim memecahkan
kebisuan di dalam kereta.
“Kita
pergi awal sikitlah. Kalau boleh kita bertolak pukul 10.00 pagi dan boleh rehat
dulu di rumah Long Hawa. Kita pergi rumah Sara lepas Zohor,” balas Izzat Hafis.
“Hrmm…
kalau macam tu pak ngah datang rumah Izzat pukul 9.45 pagi boleh tak? Pak ngah
nak kena hantar barang pelanggan dulu,” kata Pak Ngah Salim yang merupakan
seorang peniaga di Bazar Melayu.
“Tak
apa. Kami pasti tunggu abang Salim. Mana boleh tinggal ketua rombongan
pengantin. Kalau tak ada Pak Ngah Salim siapa nak jadi jurucakap nanti. Abah
tak pandai nak pantun-pantun,” sampuk Pak Razak tiba-tiba. Mereka
semua ketawa gembira.
“Banyak
pula bas dan lori waktu begini.” Pak Ngah Salim separuh merungut. Selalunya
kenderaan berat akan bergerak pada waktu malam untuk mengelakkan kesesakan
jalanraya.
Pak Razak memandang cermin pandang belakang dan dia dapat melihat anak
bongsunya Imran Hafis dan anak abang Salim, Harris sedang lena dibuai mimpi. Izzat
Hafis sedang leka menghantar mesej. Tiba-tiba Pak Ngah Salim menjerit memberi
amaran.
“
Jak hati-hati….lori!!”
“Ya
Allah!”
“
Arghhhhh!!!!!” bunyi dentuman memenuhi ruang angkasa.
…………………………………………………………………………..
Sara Raihana
melangkah masuk ke biliknya dan ditemani oleh sepupunya Amalina yang baru tiba
dari Negeri Sembilan. Amalina memuji-muji susun atur dan pemilihan warna bilik
Sara Raihana yang dijadikan bilik pengantin.
“Cantiklah bilik ni. Siapa yang siapkan?” tanya Amalina sambil matanya memandang sekeliling
bilik.
“Kak
Haida dan Kak Emma dari Butik Idaman Pengantin. Sara tolong juga… tolong
tengok.”
“Kalau
takat tolong tengok, aku pun boleh.”
Senda
gurau kedua-dua sepupu terhenti seketika apabila telefon Sara Raihana berbunyi
tanda ada satu mesej yang masuk. Telefon yang terbiar di atas meja segera
diambil. Terpapar di skrin, ada 4 mesej yang belum dibaca, 3 mesej Izzat Hafis
dan 1 mesej yang baru masuk dari Cikgu Maimunah. Amalina hanya memerhati
perlakuan sepupunya sambil dia duduk di atas katil. Punggungnya dihenyak
berulangkali untuk merasakan keanjalan tilam tersebut. Sara Raihana duduk di
sebelah Amalina sambil tangannya menekan butang buka pada mesej pertama Izzat
Hafis.
Sayang, abang dah
bertolak pulang ke Taiping. Kalau dah sampai nanti, abang call.
Miss u…love u.
Senyum
lebar terukir di bibir Sara Raihana. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil
sambil diperhatikan oleh Amalina. Mesej kedua pula dibuka lalu puisi yang
tertera dibaca.
‘Kau begitu istimewa di
mataku, di hatiku, di jiwaku
Kerana itulah aku ingin
selalu berada di sampingmu
Baik dalam suka duka mu
Dalam sihat dan
sakitmu.
Isteriku... Engkau
adalah hal terindah dalam hidupku
Terima kasih kerana telah
memilihku...
Sara Raihana, I love u.’
Ayat-ayat
cinta Izzat Hafis amat menyentuh kalbu. Kebahagiaan meresap ke seluruh hati
sanubarinya. Senyum di bibir makin melebar. Tanpa berlengah dia membuka mesej
ke tiga dari Izzat Hafis.
‘Yang paling asyik
dalam suatu perkahwinan adalah jatuh cinta lagi, lagi dan lagi, pada orang yang
sama. I love u more than I can say…’
“Amboi!
senyum seorang-seorang. Apa yang ditulis? Boleh kongsi?” Pertanyaan Amalina
mengejutkan Sara Raihana.
“Mana
boleh. Untuk aku seorang aje ni.”
“Kedekut”
“Tau
tak apa.”
Tawa
gembira mereka berdua terhenti apabila telefon Sara Raihana berbunyi nada lagu
nasyid In-Team, Kasih Kekasih. Sara Raihana tahu itu adalah nada dering untuk
panggilan telefon Izzat Hafis. Segera dia menjawab panggilan tersebut dengan
hati yang sungguh gembira. Tentu Izzat Hafis telah tiba di Taiping kerana jarak
antara Taiping dan Bukit Mertajam tidaklah jauh sangat, hanya 45 minit perjalanan
kereta.
“Assalamualaikum.
Abang dah sampai, ya?” tanya Sara Raihana dengan sungguh ceria.
Senyap.
“Abang,
Sara dah baca mesej abang. So sweet… I love you abang!”
Senyap.
“Abang?
Abang dengar tak?”
“Sara,
ini abang Khairul.”
“Ehh…
abang Khairul, maaf. Tadi Sara ingat abang Izzat.” Sara Raihana terasa malu
seketika kerana terburu-buru bercakap tanpa mengenal pasti pemanggilnya. Tapi
bukankah itu telefon Izzat? Kenapa pula abang Khairul Hafis iaitu abang kepada
Izzat Hafis yang menelefonnya? Hatinya mulai tertanya-tanya.
“Banyak-banyak
bersabar Sara.” Ada nada sayu dan pilu dalam suara Khairul Hafis.
“Kenapa?”
Sara Raihana mulai cemas dan terus duduk di atas katil. Amalina yang melihat
perubahan wajah sepupunya turut bangun dari pembaringannya dan memerhati wajah
itu dengan tanda tanya.
“Sara,
kereta abah kemalangan dekat Bukit Merah. Izzat… Izzat cedera parah!” Ada suara
pilu di hujung talian.
“Apa??
Tak mungkin!!” Sara Raihana amat terkejut dan terkaku di situ. Telinganya masih
mendengar suara Khairul Hafis memberitahu bahawa Izzat Hafis telah dibawa ke
Hospital Taiping dan dia diminta untuk segera ke sana. Telefon yang berada di
dalam genggamannya terlepas dan deraian airmatanya tidak dapat ditahan lagi.
Dia memeluk Amalina yang sedang terpinga-pinga di hadapannya.
“Sara,
kenapa? Apa yang telah berlaku?”
“Izzat…
Izzat kemalangan. Dia cedera parah.” Tangisan Sara Raihana makin menjadi-jadi
dan menyebabkan Amalina turut mengalirkan air mata.
Kak
Haida yang kebetulan lalu di hadapan bilik Sara Raihana segera mendapatkan
mereka. Dia cuba memastikan kenapa kedua-dua saudara sepupu itu sedang
bertangisan.
“Sara,
Amal… Apa yang telah berlaku?” Kak Haida kehairanan.
“Kak
Haida… Izzat kemalangan. Dia cedera parah,” terang Amalina sambil menyeka air
matanya.
Kak
Haida terkejut dan terdiam seketika. Terbayang wajah Izzat Hafis yang ceria
petang tadi ketika di bilik pengantin. Air matanya mengalir laju tanpa sedar.
Dia kemudiannya memberitahu ahli keluarga yang lain. Tanpa berlengah mereka
segera bersiap dan bertolak ke Taiping.
Perjalanan
terasa jauh bagi Sara Raihana. Tidak berhenti-henti hatinya berdoa agar
suaminya selamat dari bahaya dan segera pulih seperti sedia kala. Berkali-kali
dia melihat jam dengan resah dan gelisah. Sesekali air matanya berjurai di pipi
tetapi segera diseka air mata itu dengan tisu yang sudah sememangnya lencun. Mak
Cik Rohaya berkali-kali menasihati Sara Raihana agar bersabar dan banyak berdoa
kepada Allah. Sebenarnya hatinya juga terasa amat pedih dan resah memikirkan
nasib menantunya dan juga mereka yang berada di dalam kereta bapa Izzat Hafis.
Apabila
mereka tiba berhampiran Bukit Merah, mereka dapat menyaksikan lori panjang yang
tersadai di tepi jalan dengan tayar hadapannya pecah dan terdapat kesan
kemalangan. Trak penunda sedang bersiap sedia untuk menunda lori tersebut. Hati
Sara Raihana berdetik. Adakah lori itu yang terlibat dalam kemalangan dengan
kereta bapa mertuanya? Lokasi kejadian juga sama seperti yang diberitahu oleh
Khairul Hafis tadi. Cuma dia tidak tahu nasib yang menimpa mereka yang lain.
Khairul Hafis tidak memberitahunya. Seolah-olah ada perkara yang disembunyikan.
5 ulasan:
Salam...saya dah bace pun bab6.. kali ni amat sedih sikit citernya..huhu..baru aje nak bermula alam pasangan suami isteri.. dah sara raiana kena hadapi dugaan..huhuhu..sangat sedih..~,~
Waalaikumusalam..
Ni baru mula.Bab 7 & 8, saya tulis dgn air mata yg mengalir. Tp tak semua sedih. Bab yg kelakar pun ada. Teruskan ikuti kisah ni.
saya sentisa ikuti kisah ni.. bab7 n 8 mesti paling sedih kan..huhu..rasa-rasa sangat. dan tak sabar ingin milikki nya..~,~
Terima kasih. Bab 7 n 8 memang sedih dgn caranya. Bab2 di tengah dan hujung cerita pun ada sedih tp berlainan cara kesedihannya. Time kelakar saya sdn tergelak, time cinta mcm bercinta pula.. Pendek kata Insya-Allah tak rugi anda memilikinya.
ohh..! sama-sama, pekare biasala tu, just komen aje.. rasa cerita ni pasti buat saya terharu, rasa di cintai, rasa kelakar, rasa cemburu..segalanya ada di I LOVE YOU CIKGU..! hehehe.. ~,~
Catat Ulasan