Mereka
tiba di klinik Razif seketika kemudian. Razif membukakan pintu kereta untuk
Irdina dan mengajaknya masuk ke klinik. Irdina mengekori Razif ke bilik rawatan
gigi manakala Mak Cik Sopiah berbual dengan pekerja di kaunter.
“Irdina,
awak duduk di kerusi ni dulu.” Razif menunjukkan kerusi yang dimaksudkan.
“Siti,
tolong sediakan alatan untuk menjahit luka,” ujar Razif kepada pembantu yang datang
melihat keadaan Irdina.
Irdina
berbaring di kerusi dan Razif melaras kedudukan kerusi agar memudahkan dia
menjahit luka Irdina. Razif memakai sarung tangan sebelum memulakan kerja.
Doktor Amran yang memasuki ruang tersebut turut melihat luka Irdina.
“Macam
mana boleh luka? Kenapa tak bawa ke hospital aje,” tanya Doktor Amran.
“Aku
brek mengejut dan muka dia terhantuk ke kerusi. Mungkin terkena bingkai plastik
pengantung beg yang aku pasang di kepala kerusi. Luka kecil aje ni. Aku pun
boleh jahit,” terang Razif.
“Siapa
dia? Setahu aku kau mana ada kawan perempuan?” tanya Doktor Amran secara
berbisik.
“Pada
mak aku, dia bakal isteri aku.” Razif juga berbisik.
“Lawa,”
bisik Doktor Amran, kemudian berlalu dari situ.
Razif
hanya tersenyum mendengar komen Doktor Amran. Siti, pembantu Razif telah
menyediakan peralatan yang diperlukan oleh Razif. Razif menaikkan sedikit
kerusi Irdina dan dia duduk rapat dengan Irdina. Tangannya segera melakukan
kerja-kerja menjahit luka di bahagian dalam mulut Irdina. Berkerut dahi Irdina
menahan sakit walaupun Razif telah meletakkan ubat bius.
“Irdina,
jangan bergerak. Susah abang nak jahit,” tegur Razif.
Siti
hanya melihat wajah Razif apabila Razif menyebut perkataan abang terhadap
Irdina. Dia membuat andaian bahawa Irdina adalah teman wanita Razif. Sepanjang
proses rawatan, Irdina lebih banyak melarikan pandangan matanya daripada
melihat wajah Razif. Ada ketika wajah Razif begitu hampir dengan wajahnya dan
ini membuatkan perasaannya menjadi resah. Debarannya hebat terasa.
“Okey.
Dah siap,” ujar Razif sambil membuka sarung tangan.
Razif
membasuh tangannya dan kemudian mengelapnya di tuala kecil. Irdina cuba untuk
bangun sambil di bantu oleh Siti. Ada rasa pening di kepala Irdina ketika dia
hendak melangkah. Langkahnya menjadi goyah dan cepat-cepat Razif memegang
lengannya. Razif membantu Irdina keluar dari situ. Mak Cik Sopiah yang melihat
keadaan Irdina segera memegang Irdina hingga ke kereta.
“Razif,
macam mana Irdina?” tanya Mak Cik Sopiah setelah memasuki kereta.
“Luka
dia dah Razif jahit. Insya ALLAH tak apa-apa. Tapi dia tak boleh makan makanan
pejal untuk sementara waktu. Mungkin tadi, dia rasa pening sikit. Mak tak perlu
risau. Pastikan dia rehat hari ni.”
“Kalau
macam tu kita bawa dia balik dan bagi dia rehat di bilik tamu.”
Razif
bersetuju dengan cadangan ibunya. Di dalam hatinya terbit rasa bersalah. Ketika
menghidupkan enjin kereta, matanya terlihat telefon Irdina yang telah terburai.
Dia membongkok untuk mengutip telefon itu. Irdina yang memejam matanya tidak
menyedari keadaan telefonnya itu.
“Irdina,”
panggil Razif.
Irdina
membuka matanya dan melihat telefonnya yang terburai di atas tapak tangan
Razif. Segera dia mengambil telefon itu dan mencantumkannya kembali. Seketika
kemudian telefon itu dapat berfungsi seperti biasa.
“Macam
mana telefon awak?” soal Razif.
“Okey.”
Jawab Irdina dan kemudian menyandarkan kepalanya kembali.
Razif
meneruskan pemanduannya hingga tiba di rumah. Mak Cik Sopiah membantu Irdina
masuk ke rumah. Irdina dan Mak Cik Sopiah duduk di sofa.
“Saya
nak baliklah mak cik,” pinta Irdina.
“Tak
boleh. Irdina kena rehat di sini dulu. Mak cik tengok Irdina pening dan hampir
nak jatuh. Bahaya kalau duduk seorang diri.”
“Tapi
saya perlu simpan barang yang dibeli dalam peti ais. Takut rosak pula nanti.”
Irdina memberi alasan.
“Soal
tu jangan risau. Nanti mak cik suruh Razif hantarkan barang-barang tu ke rumah
Irdina. Sekarang ikut mak cik baring di bilik.”
Mak
Cik Sopiah memegang tangan Irdina. Irdina terpaksa menurut ajakan Mak Cik
Sopiah. Pening yang mencengkam kepala membuatkannya ingin berehat. Irdina
membuka tudungnya dan membaringkan diri di atas katil. Mak Cik Sopiah membuka
dan melaraskan suhu pendingin hawa lalu menarik selimut menutupi badan Irdina.
Mak Cik Sopiah kemudiannya keluar dari bilik itu.
“Razif,
tolong hantarkan barang Irdina ke rumah dia. Tolong susun barang-barang dia dan
jangan biar berselerak pula,” pesan Mak Cik Sopiah.
“Kunci
rumah dia?” tanya Razif.
“Rasanya
ada dalam beg tangan dia ni,” ujar Mak Cik Sopiah sambil membuka beg tangan
Irdina yang berada di atas sofa.
Dia
mengambil kunci rumah lalu memberikannya kepada Razif. Razif mengambil barang
yang dibeli oleh Irdina dan membawanya ke rumah Irdina. Mak Cik Sopiah menutup
pintu hadapan dan menghampiri beg Irdina. Dia ingin menutup kembali beg Irdina
yang masih terbuka. Tiba-tiba deringan telefon Irdina berbunyi. Mak Cik Sopiah
melihat di skrin dan tertera perkataan ‘ibu’ di situ. Segera Mak Cik Sopiah
menekan butang jawab.
“Maaf,
Irdina sedang tidur.” Beritahu Mak Cik Sopiah setelah memberi salam.
“Siapa
yang cakap ni? Balkis ke?” tanya Mak Cik Mesa, ibu Irdina.
“Bukan.
Saya ni Sopiah jiran Irdina. Dia sekarang ada di rumah saya. Tadi berlaku
kemalangan kecil. Mulut dia luka sikit. Tapi dah pun dijahit,” terang Mak Cik
Sopiah.
“Kena
jahit? Macam mana boleh luka?” tanya Mak Cik Mesa, risau.
Mak
Cik Sopiah menceritakan apa yang berlaku dan hubungan Irdina dengan Razif.
Segala perbuatan Razif dan Irdina diceritakannya mengikut persepsinya sendiri.
Mak Cik Sopiah menyatakan hajatnya untuk meminang Irdina dengan segera. Mak Cik
Mesa yang terkejut mendengar hal itu terus bersetuju dengan cadangan Mak Cik
Sopiah. Hati Mak Cik Mesa menjadi sedih memikirkan perbuatan Irdina yang
dianggapnya telah mencontengkan arang ke muka mereka semua.
“Saya
akan suruh abang Irdina ke rumah Sopiah petang nanti untuk bincangkan hal ni.
Apa yang baik kami akan ikut. Dah lama Irdina putus tunang dan tiap kali orang
datang minta dia, dia tolak. Takut juga rasa hati kalau-kalau dia tak mahu
kahwin. Kali ni saya harap jadilah perkahwinannya. Kalau boleh saya tak mahu
dia bertunang lama-lama. Percepatkan akad nikah. Tak mahu perkara dulu
berulang,” ujar Mak Cik Mesa.
“Saya
setuju. Anak saya ni pun jenis memilih. Dah masuk 32 tahun tapi tak mahu kahwin
lagi. Kadangkala naik geram saya dibuatnya. Kalau akad nikah terus, akan mudah
kerja kita.”
“Kalau
nak cepat, kita buat cara cepat.”
Mak
Cik Sopiah dan Mak Cik Mesa mencapai kata sepakat. Keputusan mereka dikira
muktamad dan segala rayuan atau bantahan tidak akan dilayan. Perbualan mereka ditamatkan.
Mak Cik Sopiah memasukkan kembali telefon ke dalam beg Irdina. Dia menutup
kembali zip beg itu dan membawa beg masuk ke bilik tamu di mana Irdina sedang
lena dengan nyenyaknya.
Di
waktu yang sama, Razif sedang membersihkan ikan dan bahan basah yang lain
sebelum menyimpannya di dalam peti ais Irdina. Dia kemudiannya mencuci kembali
singki dapur. Segala sisa perut ikan dan lebihan kulit ayam di buang ke dalam
tong sampah. Razif mengikat beg sampah dan kemudian membasuh tangannya. Tong
sampah dikeluarkan melalui pintu dapur. Razif membasuh tangannya sekali lagi
dan kemudian bergerak ke hadapan.
Razif
memerhati sekeliling rumah itu dan kemudian melihat pintu bilik Irdina yang
terbuka sedikit. Pintu bilik ditolak perlahan-lahan. Razif melangkah masuk ke
bilik itu. Dia melihat bilik Irdina yang agak kemas. Matanya terhenti pada
sebuah buku yang terletak di atas katil. Razif mengambil buku itu dan melihat
jodolnya.
‘Rajin
juga Irdina baca buku bertemakan Islam. Kisah Cinta Dalam Al-Quran. Menarik,’
bisik hati Razif.
Razif
membelek seketika buku itu. Tiba-tiba terjatuh sebuah penanda buku. Dia
mengambil penanda buku lalu membaca tulisan yang tertera di kedua-dua belah
penanda itu.
Memaafkan bukan sekadar
di mulut sahaja. Memaafkan yang sebenarnya bererti mengikhlaskan kesalahannya
dan tidak lagi menyimpan dendam pada kesalahannya.
Senyumlah, tinggalkan
sedihmu. Bahagialah, lupakan takutmu. Sakit yang kamu rasa, tak setara dengan
bahagia yang akan kamu dapat.
Kata-kata
yang terdapat pada penanda buku tersebut lebih merupakan kata-kata motivasi
buat diri Irdina. Razif mengandaikan Irdina pernah bersedih kerana putus tunang
dan telah berusaha melupakan tunangnya itu. Mak Cik Sopiah pernah menceritakan
kisah Irdina yang telah putus tunang dan tindakan bekas tunangnya yang tidak
membayar hutang, padanya. Terselit rasa simpati Razif pada diri Irdina. Razif
memasukkan penanda buku tersebut dan kemudian meletakkan kembali di tempatnya.
Razif
mengambil ubat Irdina dan keluar dari rumah itu. Setelah mengunci pintu, dia
berjalan pulang ke rumah dan kemudian terus menuju ke dapur. Mak Cik Sopiah
sedang sibuk membersihkan bahan basah yang dibeli tadi.
“Mak,
macam mana Irdina?” tanya Razif.
“Dia
dah tidur. Kesian mak pada dia. Baru nak baik demam dah dapat sakit lain.”
“Benda
dah nak jadi, nak buat macam mana?” ujar Razif sambil meletakkan ubat Irdina.
Dia mencapai gelas dan menuang air yang diambil dari dalam peti sejuk.
“Razif
yang asyik tengok Irdina sampai tak nampak jalan. Lepas ni jangan nak nafi
lagi. Abang Irdina nak datang sini untuk bincangkan hal kamu berdua.”
Tersembur
air daripada mulut Razif mendengar kata-kata ibunya.
“Apa?”
Razif terkejut.
“Hisy!
Razif ni, tak senonoh betul. Habis basah peti ais ni.” Mak Cik Sopiah mengelap
air yang disemburkan oleh Razif.
“Mak
kata abang Irdina nak datang sini? Macam mana mak boleh hubungi mereka?” tanya
Razif, hairan.
“Tadi
ibu Irdina telefon masa mak nak tutup beg dia. Mak jawab panggilan tu dan
cerita kisah kamu berdua. Ibu Irdina kata nak suruh abang Irdina datang petang
ni. Mak nak bincangkan soal meminang dan akad nikah dengan abang Irdina.”
“Mak,
jangan buat begitu. Nanti Irdina marah. Kesian dia,” ujar Razif. Di matanya
terbayang wajah Irdina yang sedang bersedih.
“Depan
mata mak, kamu berdua bermesra. Bila nak suruh kahwin tak mahu pula. Mak tak
fahamlah apa yang kamu berdua nak? Nak tunggu sampai perut Irdina membesar baru
kamu nak kahwin?” soal Mak Cik Sopiah, radang.
“Bukan
macam tu mak. Razif dengan dia tak ada apa-apa hubungan. Mak dah salah faham.”
“Asyik-asyik
kata mak salah faham. Tapi mak rasa ni semua alasan Razif saja. Bila abang dia
datang, mak nak bincang soal hantaran dan minta mereka uruskan akad nikah dulu.
Bagi yang wajib, lepas. Kenduri boleh buat kemudian. Razif jangan nak bantah
pula. Mak dan ibu Irdina dah setuju,” ujar Mak Cik Sopiah dengan tegas.
Razif
hanya mendiamkan diri. Di dalam fikirannya, dia perlu merancang sesuatu kerana
dia tahu kedatangan abang Irdina pasti menimbulkan masalah buat mereka berdua.
Irdina perlu diberitahu segera akan hal itu. Perlahan-lahan Razif mengambil
telefonnya dan menelefon Irdina. Dia bergerak ke hadapan agar ibunya tidak mendengar
perbualannya nanti.
Agak
lama dia mendail nombor Irdina, tetapi tiada jawapan. Tanpa berfikir panjang, Razif
mengambil keputusan untuk memanggil Irdina di bilik. Razif melangkah menuju ke
bilik tamu setelah yakin ibunya tidak melihat akan perbuatannya itu. Dia
mengetuk pintu bilik Irdina berkali-kali dengan perlahan. Takut ibunya
terdengar.
7 ulasan:
sikitnya bap ni.
wah, ustaz blum taulah ni ya? Ika
tanpa nama 1,
sikit pun jadilahkan dari tak ada.:)
Ika,
Ya, dia tak tahu lg.
ustaz dengan balqis je la. ^_^
Misza,
Boleh saja..
best,,,, cpt2 la sambung ye.... biar lah irdina n razif t,,, serasi bersama.... hehehe....
Jamilah Hasan,
Insya-Allah. Memang mereka serasi bersama. ^_^
Catat Ulasan