Salam buat semua. Saya dah edit cerita ANKA yang telah diberi nafas baru. Tajuk pun saya tukar agar 'lembut' sikit dan kalau editor baca tak terkejut sgt kot. Karya yang asal agak 'keras' hingga takut editor FP. Jadi saya 'lembutkan' balik cerita ni. Kalau bersesuaian akan diterbitkan kalau tak saya nak biar di blog saja. Harap dapat beri komen supaya dpt saya baiki lg cerita ni.
Jasmin
terbaring di atas katil setelah menjalani rawatan pagi itu. Bagaikan ayam berak
kapur keadaan dirinya. Sugul dan berkeluh kesah. Ada ketika dia rasa menyesal
mengikut saranan keluarganya untuk menjalani rawatan di situ. Segala
keseronokan dunia bagai direngut dari hidupnya. Baginya tempat itu seperti
penjara yang penuh peraturan dan disiplin. Mahu atau tidak, dia terpaksa
mengikutnya.
Kenapa
mama dan papa tak call aku? Mereka
dah lupakan aku ke? Kenapalah aku bodoh sangat, setuju nak jalani rawatan ni?
Kalau aku tahu sakit macam ni, tentu aku tak ikut cakap mama dan Abang Syamir, bisik
hati Jasmin.
Matanya merenung kipas siling yang ligat
berputar. Seligat putaran otaknya. Memori seminggu lepas mengebu di ingatan. Hari
pertama dia tiba dan menjalani rawatan pemulihan secara Islam. Ketika itu dia
dihantar oleh mama, papa dan abangnya. Papanya, Dato Malik merupakan kenalan lama
Haji Manaf. Jika tidak kerana persahabatan mereka, Haji Manaf tidak akan
menerima Jasmin kerana pusat rawatannya hanya dikhaskan untuk lelaki sahaja.
“Manaf,
lama sungguh aku tak jumpa kau. Jika tak kerana Syamir ke sini dan kawan dengan
Uzair, aku rasa tak akan tahu di mana kau berada,” kata Dato Malik tersenyum
memandang Haji Manaf.
“Aku
pun tak tahu yang Syamir ni anak kau. Bila Syamir tunjukkan gambar keluarga dia
pada kami, baru aku tahu,” Haji Manaf turut tersenyum lebar.
“Aku
lihat kau dah banyak berubah. Tak sangka kau sanggup tinggalkan segalanya dan
hidup di sini,” kata Dato Malik lagi.
“Di
sini aku dapat ketenangan dan dapat membesarkan Uzair serta Uwais mengikut
amanah arwah Murni. Jauh dari kesibukan kota dan pengaruh liar. Malah aku dapat
bantu anak bangsa yang tersasar hidupnya,” ujar Haji Manaf sambil memegang bahu
Uwais adik Uzair.
Dato
Malik menganggukkan kepalanya. Datin Zaleha hanya mendiamkan diri sambil
tangannya menggenggam erat tangan Jasmin. Mata Jasmin meliar memerhatikan
kawasan sekitar. Suasana yang jauh dari kesibukan kota dan agak terpencil
menyebabkan kawasan di situ tampak tenang. Sesekali terdengar suara unggas
berlagu riang.
“Mama!
Baby tak mahu tinggal di sini. Baby nak balik ikut mama,” bisik Jasmin
setelah lama mendiamkan diri.
“Tak
boleh! Baby dah janji dengan kami
semua yang baby nak berubah. Baby kena tinggal di sini dan jalani rawatan
pemulihan. Bukan lama mana pun. Sebulan setengah aje,” tegas Datin Zaleha.
“Sampai
hati mama tinggalkan baby di sini?
Mama dah tak sayangkan baby ke?”
“Sebab
sayanglah mama perlu tinggalkan baby.
Jika baby sayangkan kami semua,
jalanilah rawatan. Baby perlu
tinggalkan semua tabiat buruk baby
sebelum kembali ke rumah kita. Mama tak mahu apa yang berlaku pada Zana,
terjadi pada baby pula. Baby pun dah janji nak berubah. Jadi
buktikanlah.”
Jasmin
menangis tersedu-sedu. Dia berada di situ pun hanya separuh hati. Desakan
Syamir membuatkan ibu dan bapanya seolah-olah mendengar kata abangnya itu berbanding
dirinya sendiri. Selama ini dia bebas menentukan arah hidupnya sendiri. Bebas
berkawan dengan sesiapa sahaja yang disukainya dan segala permintaannya dipenuhi.
Tetapi sejak abangnya mulai berkawan dengan Uzair dan mendapat rawatan di Teratak
Murni, segala-galanya berubah. Malah ibu dan bapanya juga menyenangi perubahan
diri Syamir. Kini dirinya pula perlu di make
over.
“Min,
hidup kita tak lama di dunia ni. Selagi ada peluang dan ruang, berubahlah. Ini
semua demi masa depan Min juga,” kata Syamir sambil menepuk lembut bahu
adiknya.
Jasmin
mengelap air hidung dengan hujung lengan kemejanya. Badannya mulai menggigil.
Dia menggosok-gosok lengannya bagi menahan rasa ketagihan yang mendatang.
Tangannya pantas menyelongkar beg tangannya untuk mencari bekalan.
“Mana
barang Min?” tempiknya setelah mendapati dadah yang disorokkan di dalam begnya
tiada di situ.
“Abang
dah buang. Mulai hari ni, Min kena berubah. Tiada lagi dadah yang merosakkan
diri Min,” kata Syamir sambil mengambil beg tangan adiknya.
“Telefon
dan segala barang Min, abang akan beri pada Uzair. Bila Min dah dibenarkan
pulang, barulah Uzair akan serahkan barang-barang Min,” sambung Syamir.
Syamir
menyerahkan beg tangan Jasmin kepada Uzair. Jasmin cuba merampas tetapi
dihalang oleh abangnya. Uzair berlalu pergi untuk menyimpan beg tersebut.
“Abang
tolonglah, Min tak tahan ni.”
Tubuh
Jasmin menggigil teruk. Air hidungnya makin banyak yang keluar. Ketagihannya
menyerang.
“Syamir,
bawa Jasmin ke bilik air. Kita kena mandikan dia hingga rasa ketagih dia
hilang,” kata Haji Manaf.
Syamir
menurut suruhan Haji Manaf. Dia menarik tangan Jasmin untuk dibawa ke bilik air
tetapi Jasmin cuba meloloskan dirinya.
“Min!
Jangan lari,” kata Syamir sambil memeluk badan adiknya.
“Syamir,
dukung Min. Jangan bagi dia terlepas,” perintah Dato Malik.
Datin
Zaleha dan Hajah Rahimah hanya melihat pergelutan Jasmin dengan abangnya. Haji
Manaf membuka pintu bilik air. Jasmin menjerit marah tetapi tidak dihiraukan
oleh mereka. Dato Malik membantu Syamir mengangkat Jasmin. Tubuh Jasmin yang
kecil memudahkan mereka berdua membawanya ke bilik air tersebut.
“Jirus
dia,” arah Haji Manaf setelah Jasmin didudukkan di lantai bilik air secara paksa.
Syamir
menjirus air ke atas kepala adiknya. Jasmin cuba bangun tetapi dipegang oleh
bapanya. Habis basah baju Dato Malik dalam usaha Syamir memandikan Jasmin.
Tubuh Jasmin menggigil kesejukan kerana dimandikan agak lama oleh abangnya.
Pakaian Jasmin basah lencun. Datin Zaleha membalut tuala ke badan Jasmin
setelah selesai Syamir memandikan adiknya.
“Malik,
aku nak doakan Jasmin dulu,” kata Haji Manaf.
Dato
Malik menganggukkan kepalanya dan melihat Haji Manaf berdiri di belakang
Jasmin. Haji Manaf berdoa dan serentak dengan itu Jasmin menjerit kesakitan.
Mereka yang lain hanya memerhati tanpa kata.
“Uzair
bawakan air kelapa,” pinta Haji Manaf.
Uzair
membawa gelas berisi air kelapa dan berdiri berhampiran Jasmin. Pakaian yang
basah masih melekat di tubuh Jasmin tetapi terlindung dengan tuala yang
diselubungnya. Uzair teragak-agak untuk memberikan air kepada Jasmin.
“Beri
pada dia.”
Uzair
duduk di sebelah Jasmin setelah mendengar arahan bapanya. Dia menyuakan air
kepada Jasmin. Jasmin tidak mengambil air itu, sebaliknya menggigit tangan
Uzair. Uzair menahan rasa sakit sambil Syamir meleraikan gigitan tersebut.
Gelas di tangan Uzair diambil oleh Syamir.
“Min!
Jangan buat begitu. Minum air ni!” marah Syamir sambil menyuakan air ke mulut
Jasmin.
Jasmin
menurut suruhan abangnya dengan hati yang berdongkol. Tidak sampai beberapa
saat, Jasmin memuntahkan isi perutnya ke dalam timba yang ditadah oleh Uzair.
Bisa menerpa ke segenap tulang belulangnya. Sakit yang dirasakan tidak
tertanggung oleh badannya yang kurus itu. Jasmin meraung dan menangis tanpa
memperdulikan orang sekeliling.
“Jasmin!
Mari makan,” terdengar suara Hanina melaung dari luar bilik.
Lamunan
Jasmin terhenti. Bayangan yang menjengah di mindanya turut hilang.
“Minah
perasan lawa ni dah datang. Jaga kau, aku akan kenakan kau cukup-cukup bila ada
peluang.” Hatinya mendongkol marah.
Jasmin
senyum senget dan menuju ke pintu. Dia membuka pintu dan mencari kelibat Hanina
tetapi tidak kelihatan. Senyumannya mati. Dia melangkah menuju ke dapur. Di
pertengahan jalan dia bertembung Hajah Rahimah ibu kepada Hanina.
“Mak
cik, boleh tak Min jalan-jalan di luar lepas sarapan?” tanya Jasmin sambil
matanya mencari kelibat Uzair di halaman.
Hatinya berlagu riang kerana terlihat Uzair
sedang membersihkan halaman rumah. “Kalau Min nak keluar, jangan lama-lama
sangat. Nanti Min kena belajar baca al-Quran pula.”
“Baiklah,”
jawab Jasmin dengan berat hati sambil bergerak ke ruang makan di dapur.
Hati
Jasmin menggerutu. Dia tidak suka dipaksa untuk membaca al-Quran. Malah
melakukan solat pun dia keberatan. Jasmin duduk di hadapan talam yang berisi
pulut ikan masin dan kelapa parut.
Ah!
Pulut lagi. Aku bukannya suka makanan ni. Dah la kena makan dalam talam. Boring betul! bisik hati Jasmin.
Sudah
menjadi tradisi Teratak Murni, mereka semua akan makan di dalam talam. Makanan akan
dilonggokkan kepada empat bahagian. Setiap talam membolehkan empat orang makan
secara serentak di dalam bentuk bulatan. Kaedah ini adalah untuk merapatkan
ukhwah sesama mereka.
“Kenapa
tak makan lagi?” tegur Hanina, anak ke tiga Hajah Rahimah.
“Tak
ada makanan lain ke? Aku tak suka benda ni.”
“Makan
sajalah. Banyak songeh pulak,” kata Hanina sambil menjeling geram.
Jasmin
menarik muka masam melihat Hanina. Hatinya masih tidak menyenangi Hanina kerana
kisah lama yang terjadi sewaktu mereka masih belajar di universiti. Sakit
hatinya melihat Hanina sedang makan dengan sopan di hadapannya.
Nak
tunjuk ayulah tu! Ingat aku pun tak boleh makan dengan ayu? bisik hati Jasmin.
Jasmin
cuba untuk duduk secara bersimpuh tetapi duduknya tidak menjadi. Badannya
menyenget dan bahunya melanggar Azimah yang berada di sebelahnya. Ini
membuatkan Azimah ketawa terkekeh-kekeh.
“Azi!
Jangan ketawakan orang,” larang Hanina kepada adik bongsunya yang berusia 12
tahun itu.
“Kak
Hani tengoklah Kak Min. Nak bersimpuh pun tak reti. Susah-susah duduk
bersilalah Kak Min,” kata Azimah dalam sisa tawanya.
Jasmin
mencebikkan bibirnya dan kemudian duduk bersila semula. Matanya memerhati jari
jemari Hanina yang sedang mengambil secubit pulut bergaul ikan masin dan kelapa
parut. Hanina memasukkan pulut tersebut ke mulut dan mengunyahnya tanpa bunyi.
Kenapa
dia makan tak keluar bunyi pun? Nak kata dia terus telan, nampak mengunyah
juga. Cara dia makan tak macam aku atau pun kawan-kawan aku, fikir Jasmin di dalam benaknya.
“Yang
kau asyik tengok aku makan kenapa? Kalau kau nak memikat, salah oranglah,”
kata-kata Hanina mengejutkan Jasmin.
“Amboi!
Perempuan... jangan cabar. Kau belum kenal siapa Jasmin. Aku takut jika kau dah
terpikat, hari-hari kau nak melekat dengan aku aje,” usik Jasmin menahan tawa.
Jasmin
tahu Hanina masih keliru dengan dirinya angkara fitnah yang dilemparkan
kepadanya sewaktu di universiti dahulu.
“Hisy!
Tak kuasa aku. Cerminkanlah diri kau tu dulu.”
“Hari-hari
aku bercermin. Muka aku pun cun melecun! Sebab tu lelaki dan perempuan
terpikat,” kata Jasmin lalu ketawa besar.
Hanina
mencebikkan mukanya. Azimah hanya melihat sambil mengerutkan keningnya. Hairan
dengan sikap kedua-dua perempuan di hadapannya.
“Perempuan
pun terpikat? Kak Min lesbian ke?” tanya Azimah kebingungan.
“Haaa...
dan mangsa seterusnya Hanina!”
Jasmin
ketawa terbahak-bahak. Seronok mengenakan Hanina yang dianggapnya berlagak
alim. Hanina yang meradang bangun meninggalkan mereka berdua. Dia terus
membasuh tangannya di sinki lalu keluar dari ruang tersebut. Hajah Rahimah yang
ingin memasuki dapur, hairan melihat wajah Hanina yang kelihatan tegang dan
marah.
“Kenapa
Hani?”
“Min!
Dia sengaja cari pasal. Tergamak dia nak pikat Hani.”
“Sabarlah
Hani. Dia tu masih belum pulih. Fikiran dia pun tak menentu. Ummi rasa dia
hanya nak mengusik Hani. Bukankah Min suka bergurau?”
“Nak
bergurau pun agak-agaklah. Naik meremang bulu roma bila dia buat perangai gatal
dia tu,” adu Hanina.
“Jangan
ambil hati. Ummi yakin Min bukan seperti yang Hani fikir. Cuba kawan dengan dia
baik-baik. Kalau dia tak betul, Hani tolong tegur. Min tu manja sikit tapi hati
dia baik dan cekal. Bukan calang-calang orang yang sanggup jalani rawatan
pemulihan di sini. Hani pun tahu peraturan di sini,” ujar Hajah Rahimah,
lembut.
“Baiklah
ummi. Hani cuba yang terbaik.”
“Begitulah
sebaiknya. Tolong orang untuk berubah, besar pahalanya di sisi ALLAH. Kalau dia
tak boleh pulih sepenuhnya, sikit pun jadilah.”
Hanina
menganggukkan kepalanya dan kemudian meminta diri. Hajah Rahimah hanya
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
5 ulasan:
alurnya terlalu cepat, pasal jasmin nak jalan2 sebap nampak uzair, tup tup makan pulut,,n saat uzair nak kasih air kelapa, kurang menjiwai menurut saya, sebap kurang mendalami watak uzai, atau mungkin saya bru pertama baca ye,so blum tau watak2 hero .. Adinda
Thanks atas ulasan. Jasmin imbas kembali dan ingat saat diberi air oleh uzair. Lamunan terhenti masa Hanina panggil. On the way nk ke dapur dia minta izin utk jln keluar (maksudnya lepas sarapan). sbb tu dia masuk dapur dulu n makan. Lps ni baru dia keluar. Harap ayat saya tak mengelirukan. Rasanya mcm saya dah letak ayat mudah dlm penceritaan ni.
Apa pun terima kasih krn sudi membaca.
alay ktmu lg ngan kambing birahi hehe ngan kerbau yg cun melecun, emosi saya pernah tak stabil ktika bca saat min dlu selamatkan uwais yg nak tenggelam,,,geram ngan uzair .hehehe best lah acik cz dah update lg, trubat lah sgala rindu ni, best best *nany*
Nany,
Edit sikit. Tp jalan cerita tetap sama. Sementara nak siapkan KIES 9, layan dulu cerita tak seberapa ni.
Baru je baca, kena baca part setrusnya baru boleh faham betul². Tapi sebenarnya saya suka baca je, nak komen lebih-lebih tak pandai.
Catat Ulasan