Pengikut

Isnin, 17 Disember 2012

ILYC - Final.

Berikut adalah fragmen-fragmen yang terdapat di dalam buku ILYC.

Izzat, cinta kita takkan pernah mati, cinta kita
tetap tumbuh di hati, cinta kita tetap abadi, cinta
kita kan kusimpan selamanya di hati.
Iman menghela nafas panjang. Dia dapat merasakan hangatnya cinta Sara Raihana terhadap Izzat Hafis. Walaupun
dia tahu Izzat Hafis telah tiada, tetapi kenapa perasaan cemburunya menguasai minda? Dia cemburu melihat kemesraan Sara Raihana dengan Izzat Hafis lewat gambar-gambar itu.
Dia dapat merasakan yang Sara Raihana masih belum dapat melupakan Izzat Hafis sepenuhnya malah di dalam bilik
itu kenangan Izzat Hafis seolah-olah merantai Sara Raihana.
Dia berazam untuk mengeluarkan Sara Raihana daripada belenggu kenangan Izzat Hafis. Iman juga dapat merasakan Sara Raihana belum dapat menerimanya sepenuh hati.
***
Abang memang tidak sempurna
Tapi izinkan abang menjadi sempurna di hati Sara
Abang memang bukan yang terindah
Tapi izinkan abang berasa indah di pelukan Sara
Abang memang bukan impian Sara
Tapi izinkan abang selalu berada dalam mimpi Sara
Izinkan abang tetap mencintai Sara dengan apa yang
ada pada abang...
Sara,
Kita hidup antara kenangan
yang membuat kita berjalan pincang
Cubalah mengganti cinta yang telah hilang
kerana cinta yang ada bukan untuk dikenang
Tapi untuk diberi dan diisi dirimu sayang.
Sara Raihana menarik nafas dalam-dalam kemudian menghelanya perlahan. Terasa pengharapan Iman terhadapnya agar dia dapat menerima dan membalas cinta Iman. Segera dia mencapai telefon dan menulis mesej kepada Iman.

Sempat terselit di fikiran Sara
Benarkah abang pelabuhan Sara?
Sempat perasaan ragu mendatang
Awal melangkah bersama abang
Tapi,
Seakan perasaan mencambuk hati
Dikala perpisahan sebentar tadi
Pemergian abang menyedarkan Sara
Sebenarnya abang telah tinggalkan cinta di hati Sara...
****

“Sayang menangis bila lihat pengantin kat depan sana. Adakah Izzat pernah berjanji nak ambil gambar begitu dengan sayang?” tanya Iman meneka.
Sara Raihana hanya mengangguk lemah.
“Kalau macam tu, kita sewa baju pengantin dan ambil gambar kat sekitar Cameron Highlands macam mereka,” cadang Iman sambil menunjukkan pasangan pengantin itu.
Sara Raihana tertawa kecil dengan cadangan itu.
“Malulah, pakai baju macam tu boleh menarik perhatian orang. Cuba tengok pengantin tu, ramai yang asyik pandang mereka.”
“Nak malu apa? Kita pakai baju,” jawab Iman membuatkan
Sara Raihana tertawa lagi. Senang hati Iman melihat isterinya tertawa.
“Memanglah. Sara pun tak nak ambil gambar kalau tak pakai apa-apa.”
****

“Aisyah, siapa perempuan tu?” tanya Iman sambil memandang perempuan itu.
Aisyah tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya hanya tersenyum. Sara Raihana pergi ke hadapan perempuan itu lalu mencium tangannya dan kemudian memeluk tubuhnya. Iman yang masih tidak melihat wajah perempuan itu tertanya-tanya.
Sara Raihana kemudiannya menarik tangan Iman untuk berhadapan dengan perempuan itu. Demi terpandang wajah perempuan itu, Iman amat terkejut.
Mummy? Kenapamummy berpakaian begini?” tanya Iman kehairanan.
“Abang, salamlah dulu dengan mummy,” kata Sara Raihana.
Iman melakukan seperti yang disuruh dan tiba-tiba ibunya memeluk Iman sambil menangis.
“Maafkan mummy.”
Fikiran Iman masih bercelaru tetapi pelukan ibunya amat mengharukan hatinya. Air matanya menitis.
“Iman jugak mintak ampun dan maaf pada mummy.”
****

Sara Raihana hanya memerhatikan Norita dan seperti mengetahui apa yang ada di kepala Sara Raihana, Norita memberi nasi goreng itu kepada Sara Raihana. Sara Raihana makan sehingga habis. Norita hanya tersenyum sambil menggeleng-geleng.
“Aku rasa kalau aku makan dengan kau lagi lepas ni, mesti kau akan kenyang dan aku lapar,” kata Norita sambil ketawa kecil.
“Maaflah Ita. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa sedap sangat makan bekas kau.”
“Tak apa. Asal kau makan dengan kenyang, aku dah cukup gembira. Bukan senang nak tengok kau makan banyak sebelum ni.”
“Sehari dua ni aku rasa selera aku bertambah tetapi kadangkala ada rasa loya dan nak muntah.”
“Kau dah jumpa doktor?” tanya Norita
“Belum.”
“Lebih baik kau pergi jumpa.”
“Baiklah. Nanti aku ajak mama pergi,” kata Sara Raihana sambil bangun untuk membayar kedua-dua makanan itu.
Norita hanya tersenyum memerhatikan sahabat baiknya itu
****

“Apa maksud Im tadi?” tanya Aisyah sambil merenung wajah Imran Hafis.

“Takkan seorang bakal doktor yang bijak tak boleh faham ayat yang mudah?” tanya Imran Hafis pula.
“Doktor sendiri pun boleh pening kalau pesakitnya tak berterus terang, inikan pulak bakal doktor,” jawab Aisyah.
“Terus terang? Aisyah nak dengar depan semua?”
“Ya. Dan jangan panggil Aisyah aje,” kata Aisyah dengan nada geram.
“Aisyah, Im nak jadikan Aisyah isteri Im. Tapi tolong tunggu Im hingga umur Im 23 tahun.”
“Apa?” Terkejut Aisyah mendengar kata-kata Imran Hafis.
Mereka yang lain hampir ketawa mendengarnya tetapi cepat-cepat ditahan setelah Aisyah berpusing dan melihat mereka.
“Mak, tengok Im. Dia dah tak betul gamaknya,” kata Aisyah kepada Mak Zainab.
“Mak tak tahu. Ini hal Aisyah dan Im, selesaikan sendiri,” kata Mak Zainab sambil berlalu dari situ menuju ke dapur. Ada senyuman di bibirnya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bestt nye previeww!!! tak sabar nk bace!

Imanisa riana @ sarimah berkata...

He..he..he. Nanti dah dpt dan baca, komen lagi ya.

Tanpa Nama berkata...

sara hamil lah tu! Eh mumy iman pun jd mualaf ye? Aisyah pun dapat lebih muda ye? Wa best nya

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Betul. Byk lg sebenarnya. Bacalah sepenuhnya novel ni nanti, ya.

misza berkata...

terbitan karangkraft erk...

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Misza,
ya, Buku Prima.