Suasana di rumah
Sara Raihana pada petang Jumaat itu sungguh meriah. Pengantin lelaki tiba
dengan membawa barang hantaran yang dihias cantik. Izzat Hafis amat segak berpakaian
Melayu asli berwarna putih dan bersampin putih untuk upacara akad nikah.
Rombongan tersebut disambut oleh pihak pengantin perempuan. Sara Raihana telah
didandan cantik, siap berpakaian pengantin daripada kain kaftan serba putih
berhias labuci dan manik. Sebelum akad nikah dijalankan, wang belanja, mas
kahwin dan barang-barang hantaran dihitung dan diperiksa oleh Tuan Kadi bersama
dua orang yang dilantik sebagai saksi bagi mewakili pihak perempuan.
Setelah
selesai adat penerimaan wang dan barang-barang tersebut, Izzat Hafis
kemudiannya diminta duduk di atas sebidang tikar sila khas yang dihias indah
untuk upacara akad nikah. Tuan Kadi memulakan majlis dengan mendaftarkan nama
Izzat Hafis terlebih dahulu, diikuti dengan menyatakan dan menyemak segala
syarat-syarat yang dikehendaki dan akhir sekali membaca khutbah nikah di dalam Bahasa
Arab.
Tuan
Kadi memanggil dua orang yang telah dipilih sebagai saksi untuk mendengar dan
menyaksikan pengakuan lafaz nikah daripada Tuan Kadi kepada Izzat Hafis. Tangan
Izzat Hafis digoncang oleh Tuan Kadi dan dalam satu nafas sebutan, lafaz
nikahnya disahkan oleh mereka yang mendengarnya. Maka dengan rasminya Izzat
Hafis menjadi suami kepada Sara Raihana.
Bacaan
doa dibaca sebagai tanda kesyukuran dan diaminkan oleh semua yang hadir. Mak
Zainab ibu Izzat Hafis mengalirkan air mata kegembiraan. Dia amat bersyukur
kerana anak lelaki keduanya selamat diijab kabulkan. Selepas
akad nikah, Izzat Hafis diiringi oleh Mak Zainab memasuki bilik Sara Raihana
untuk melakukan upacara menyarung cincin.
Izzat Hafis menyarungkan cincin kepada
isterinya, Sara Raihana dan serentak dengan itu sinaran lampu kamera berkelipan
ke arah mereka. Sara Raihana tunduk menciumi tangan Izzat Hafis tanda
menghormatinya sebagai ketua keluarga. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol
bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Sekali lagi sinaran lampu
kamera memenuhi ruang bilik tersebut. Sara Raihana turut menyalami ibu mertuanya
sebelum tubuhnya itu dipeluk erat dan kedua-dua pipinya dicium mesra. Mereka
terus bergambar dalam pelbagai posisi mengikut arahan jurugambar.
“Jemput semua, kita makan kat depan sana. Mari
Nab kita pergi makan dulu,” jemput ibu Sara Raihana iaitu Mak Cik Rohaya.
Kesemua mereka yang berada di dalam
bilik tersebut segera melangkah mengikuti Mak Cik Rohaya untuk menikmati
hidangan. Tinggal Izzat Hafis dan Sara Raihana sahaja di dalam bilik tersebut.
“Abang, terima kasih kerana sudi terima
Sara sebagai teman hidup abang,” ucap Sara Raihana sambil tangan Izzat Hafis
digenggam erat.
“ Abang pun nak ucapkan terima kasih
pada Sara kerana memilih abang. Abang rasa sangat bahagia kini dan kalau abang
mati pun dah rasa puas,” kata Izzat Hafis sambil tersenyum lebar.
“Apalah abang ni. Janganlah disebut
tentang mati. Sara tak sukalah.” Sara Raihana mempamerkan wajah merajuk.
“Janganlah merajuk, sayang. Bukan
apa-apa, cuma abang rasa sangat puas hati segalanya telah selesai dan Sara dah
jadi milik abang,” pujuk Izzat Hafis.
Wajah Sara Raihana kembali ceria dan
menghadiahkan ciuman di pipi suaminya. Terlekat sedikit kesan gincu di pipi
tersebut, lantas jari jemari Sara Raihana mengelap kesan tersebut sambil
tertawa manja. Tiba-tiba tangannya digenggam erat oleh Izzat Hafis. Izzat Hafis
merenung ke dalam mata Sara Raihana yang sememangnya cantik. Terpesona
memandang mata tersebut dan tanpa sedar bibirnya makin hampir ke bibir Sara
Raihana. Sara Raihana memejamkan matanya, tetapi belum sempat kedua-dua bibir
bertemu mereka dikejutkan oleh suara Kak Haida.
“Hoi! Simpanlah dulu untuk esok. Jom
makan,” kata Kak Haida sambil tersengih-sengih.
Sara Raihana yang tersedar dari alunan
asmara yang membuainya, segera bangun. Rona mukanya berubah kemerahan kerana
malu dan terkejut.
“Kacau
daunlah Kak Haida ni. Kasi can la pada kami,” ujar Izzat Hafis selamba
Kata-kata itu membuatkan Sara Raihana mencubit
manja di lengan suaminya lalu kedua-duanya tertawa mesra. Mereka segera keluar
mengikuti langkah Kak Haida untuk menikmati hidangan yang telah disediakan. Majlis
akad nikah itu hanya disertai oleh ahli keluarga dan jiran-jiran terdekat. Oleh
itu mereka hanya makan di dalam rumah walaupun khemah telah siap dipasang di
luar. Selesai menjamu selera, rombongan pengantin meminta diri untuk pulang.
“Abang
Majid, kami mintak diri dulu,” kata Pak Razak, ayah Izzat Hafis.
“Tak
kan nak balik dah? Awal lagi ni,” balas Pak Cik Majid pula. “Tengok budak-budak
berdua tu pun macam tak boleh nak berenggang dah,” sambil mulutnya dimuncungkan
arah pasangan pengantin baru yang sedang berdiri berpegangan tangan di hujung
beranda.
“Kalau
ikut mereka berdua, tak balik-baliklah kami nanti,” Pak Razak berseloroh.
“Izzat,
jadi-jadilah. Esok kita datang lagi. Jom balik dulu. Asar dah tak panjang ni,”
Mak Zainab pula bersuara menyebabkan mereka semua ketawa.
“Solat
kat sini ajelah Nab, boleh rehat-rehat dulu,” sampuk Mak Cik Rohaya pula.
“Tak
apalah, kami nak ke rumah Kak Hawa dulu. Rumah dia pun tak jauh dari sini. Kami
rehat kat sana, lepas Maghrib baru bertolak balik Taiping,” jawab Mak Zainab.
“Baiklah
kalau begitu,” kata Mak Cik Rohaya lagi.
Mereka
semua bersalaman sebelum memasuki kereta.
“Maafkan
abang, Sara. Abang mintak diri dulu. Jaga diri baik-baik,” kata Izzat Hafis
sambil memandang Sara Raihana.
Wajahnya
yang ceria telah berubah menjadi muram. Sara Raihana tunduk bersalaman dan
menciumi tangan suaminya. Apabila kepalanya dipanggung, Izzat Hafis
menghadiahkan sebuah ciuman di dahinya. Hangat terasa ciuman itu dan cukup
untuk mengetarkan hatinya. Sebak terasa di dada apabila melihat suaminya
melangkah masuk ke dalam kereta.
Sara
Raihana melambai-lambai. Lambaian itu dibalas Izzat Hafis dan di hujung
lambaian itu Izzat Hafis melayangkan flying
kiss. Sara Raihana hanya tersenyum dan memandang kereta yang membawa
suaminya itu sehingga hilang daripada pandangannya. Sara Raihana masuk ke dalam
bilik dan telinganya dapat menangkap bunyi telefon. Tangannya segera menekan
butang menjawab setelah nama Cikgu Maimunah tertera di skrin.
“Assalamualaikum.
Maafkan Kak Mai sebab tak dapat pergi ke majlis akad nikah Sara.”
“Waalaikumussalam.
Tak apa Kak Mai. Esok Kak Mai datanglah, ya”
“Insya
Allah. Dah selesai ke majlis?”
“Dah
selesai. Izzat pun dah balik.”
“Oh!
ya, ke? Tahniahlah, Sara. Kak Mai tumpang gembira. Insya Allah, esok Kak Mai
datang satu bas,” kata Kak Maimunah bergurau.
“Itu
sudah bagus! Datanglah, Sara tunggu dengan senang hati.” Sara Raihana tertawa
kecil.
“Okey
lah Sara. Kak Mai mintak diri dulu. Jumpa lagi esok.”
“Insya
Allah.”
Talian
dimatikan. Sara Raihana melihat jam di dinding menunjukkan jam 6.15 petang.
Baru dia sedar yang dia belum menunaikan Solat Asar. Terburu-buru dia
menanggalkan tudung yang masih melengkari kepalanya sambil mencapai tuala kecil
sebelum memasuki bilik air. Dia perlu membersihkan make-up yang dikenakan oleh Kak Emma sebelum menunaikan solat. Jika
tidak kerana majlis perkahwinannya ini dia tidak mungkin mengenakan make-up sebegitu rupa. Selesai
menunaikan Solat Asar, dia melihat jam telah menunjukkan jam 6.45 petang. Lewat
benar solatnya sehinggakan tinggal setengah jam saja lagi Maghrib akan tiba.
Maghrib nanti dia berazam akan menunaikan solat seawal waktunya.
gambar dr google
Cincin disarung dijari manis Sara Raihana oleh Izzat Hafis.
7 ulasan:
bagus ,terlihat cool,
Dah cecah 210 org yg like cover ni di page Buku Prima.
Cover ni, jauh dr yg saya cadang. hu..hu..hu.(tak suka hitam)
Nape tak suka hitam..Ok ape! Cover untk tarikan atie si pembaca..He..He..He.. I like cover ni..~,~
Yg tak suka hitam, Irdina dlm Abg King Control ke? Saje je nk kait2...hi..hi..hi.
Tp serius saya terkejut tgk cover ni.. terlalu remaja sedangkan novel tu sesuai utk DEWASA sj. Bawah 18 tak sesuai.
Tpi boleh ubahkan lagi.. Tak kisah janji ada di pasaran..So nk cover mcm ner ek..Jgan risau pembace mmg suka cri cover mcm itu..Mcm ceria aje bila melihat..~,~
Ilustrasi ditentukan penerbit. Ramai yg suka, kira oklah wlpn tak ikut cdgn. Apapun Alhamdulillah dh nk terbit lps setahun menunggu.
Ape2 pun..Terbaek dri sya..Huhu..Lame jugak ek! Menunggu novel di terbitkan.. ~,~
Catat Ulasan