Razif
memasuki kedai makan berhampiran kliniknya. Dia telah berjanji dengan Ustaz
Azmi untuk makan di situ. Ustaz Azmi telah berada di meja dan sedang menunggu
kehadirannya.
“Kau
dah pesan makanan belum?” tanya Razif.
“Dah.
Cuma air saja aku tak pesan untuk kau lagi,” beritahu Ustaz Azmi.
Razif
memberitahu pelayan air yang diingininya. Seketika kemudian makanan yang
dipesan oleh Ustaz Azmi pun tiba. Pelayan meletakkan nasi goreng daging merah di
hadapan Razif dan Ustaz Azmi.
“Razif,
aku rasa aku dah jumpa calon isteri aku,” ujar Ustaz Azmi setelah menyisip
airnya.
“Siapa?
Aku kenal tak?”
“Buat
masa sekarang, aku tak mahu beritahu siapa dia. Nanti bila aku nak pergi
meminang dia, aku nak bawa kau sekali.”
“Baiklah.
Tak sabar nak lihat bakal isteri kau. Tentu lawa orangnya.”
“Lawa
tu memang lawa. Tapi aku sukakan kelembutan budi bahasa dan senyuman manis dia.
Sejuk hati bila tengok dia tersenyum.”
“Kalau
dah angau, semua nampak elok.” Razif mengambil air yang diletakkan oleh
pelayan.
“Aku
pasti dia wanita yang aku idamkan selama ini. Wanita solehah.”
“Macam
mana nak nilai calon isteri yang solehah dan bertakwa?” soal Razif.
“Kita
jangan terlalu meletakkan nilaian yang tinggi untuk calon isteri. Sifat solehah
dan takwa boleh dibina secara berterusan. Mungkin sebelum kahwin kita lihat
nilaiannya rendah sikit, tapi dengan pimpinan suami tahap solehah dan
ketakwaannya boleh meningkat.”
“Kalau
isteri tu dah cukup mantap ketakwaannya tentu lebih mudah dengar kata dan setia
kepada suami,” hujah Razif pula.
“Sampai
bila kita nak cari perempuan yang mantap ketakwaannya? Nak guna ukuran apa
untuk nilai tahap keimanan dan ketakwaan seseorang? Kebanyakan lelaki
meletakkan nilai dirinya dengan ukuran soleh yang rendah. Tetapi untuk calon
isteri dinilai dengan tahap solehah yang tinggi. Ini tak patut terjadi.”
“Jadi
apa harus kita buat?”
“Jadikan dulu diri kita suami yang soleh jika
nak isteri yang solehah. Kena ada ciri suami soleh dalam diri kita. Lelaki akan
jadi pemimpin rumah tangga jadi letakkan ukuran yang tinggi untuk diri sendiri.
Tapi untuk calon isteri, biarlah ukuran rendah supaya senang nak bentuk diri
dia bila dah jadi isteri sendiri.”
“Aku
rasa pendapat kau ni ada benarnya. Tapi kalau kita dapat perempuan yang
solehah, lebih memudahkan kerja kita.”
“Kalau
nak rumah tangga bahagia, perlu ada kesedaran dan tanggungjawab antara suami
isteri. Kena bertolak ansur. Tahu hak dan tanggungjawab masing-masing serta
batas dan tugas yang harus dilakukan untuk kebaikan bersama,” terang Ustaz
Azmi.
“Aku
harap aku pun akan jumpa seorang wanita yang mampu menjadi isteri yang
solehah.”
“Insya
ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH memperkenankan doa kau.”
Mereka
terus berbual dan seketika kemudian Razif membayar harga makanan sebelum mereka
pulang ke rumah masing-masing. Razif tiba di rumah dan memasuki biliknya. Emak dan
adiknya telah pun tidur ketika dia pulang. Razif keluar ke balkoni biliknya
yang menghadap ke arah rumah Irdina. Dia mendapati bilik hadapan rumah itu
masih terang dengan cahaya lampu.
‘Kalau
tak silap, bilik Irdina sebelah hadapan. Tentu dia tak tidur lagi. Ni peluang
aku nak main-mainkan dia.’
Razif
mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Irdina.
“Helo,
sayang! Tak tidur lagi? Tentu sayang ingatkan abangkan?”
“Siapa
awak? Mana awak dapat nombor telefon ni?”
“Hai!
Dah lupa pada abang ke? Dah seharian kita bersama, sayang dah lupakan abang?” Razif
bersuara lembut. Hatinya menggeletek untuk ketawa. Tetapi dikawalnya.
“Awak
jangan main-main. Siapa awak yang sebenarnya?” Tanya Irdina dengan marah.
“Janganlah
marah sayang. Cuba sayang buka tingkap dan lihat ke atas.”
Irdina
membuka sedikit tingkap biliknya dan mendongakkan kepalanya ke atas. Dia dapat
melihat Razif melambaikan tangan ke arahnya. Segera dia menutup kembali
tingkapnya itu.
“Awak
nak apa?” tanya Irdina, kasar.
“Saya
nak awak.” Razif ketawa besar. Masih ingin bergurau.
“Janganlah
main-main. Kalau tak ada hal penting, saya nak terus membaca.”
“Baca
apa sampai lewat malam? Novel cinta?”
“Ikut
suka sayalah nak baca apa.”
“Seeloknya
bacalah bahan bacaan yang berfaedah dan sesuatu yang boleh memajukan diri. Elakkanlah bacaan yang menjurus kepada
fitnah ataupun yang boleh melalaikan diri. Macam baca
novel cinta. Asyik menggedik dan syok sendiri saja,” kutuk Razif.
‘Dia
mula dah,’ bisik hati Irdina.
“Boleh
tak kalau awak tak ganggu saya malam-malam begini?” Irdina mulai geram.
“Abang
bukan nak ganggu Irdina. Cuma nak nasihat.”
“Simpanlah
nasihat awak untuk isteri awak. Saya tak perlukan nasihat awak sebab suami saya
nanti boleh nasihatkan saya.”
“Siapalah
lelaki malang yang akan berkahwin dengan awak? Teringin juga saya nak tahu.”
Razif ketawa mengejek. Sakit hati Irdina bila Razif berkata begitu.
“Jangan
celupar sangat mulut tu. Siapa pun lelaki pilihan saya, sudah tentu bernasib
baik kerana saya akan taat dan setia untuknya seumur hidup saya. Saya rasa
awaklah yang malang sebab masih gagal mencari isteri idaman hati,” marah
Irdina.
Razif
terdiam seketika dengan kata-kata Irdina. “Maafkan abang. Abang tak berniat nak
lukakan hati Irdina. Cuma abang harap kita saling memaafkan dan tolong jelaskan
pada mak abang situasi sebenar yang berlaku petang tadi.” Pinta Razif, serius.
“Baiklah.
Saya pun nak minta maaf sebab dah berkasar dengan awak. Insya ALLAH saya akan
jelaskan hal sebenar kepada Mak Cik Sopiah, esok,” janji Irdina.
“Terima
kasih.”
“Er…
mana awak dapat nombor saya? Awak buka telefon saya ke?” tanya Irdina setelah
terperasan akan hal itu.
“Ya,
saya buka dan lihat nombor telefon awak. Yang lain saya tak tengok.” Razif
berterus terang.
“Awak
tak sepatutnya lihat dan ambil nombor saya tanpa izin. Entah-entah habis gambar
saya, awak tengok. Cakap terus terang awak tengok tak?” tanya Irdina cemas. Di
dalam telefon itu terdapat gambarnya yang tidak menutup aurat.
“Gambar
mana yang awak maksudkan?” tanya Razif hairan.
“Jadi
awak dah lihat gambar sayalah?”
“Beritahu
gambar yang mana satu?” tanya Razif sekadar menduga.
“Tapi gambar saya tak ada yang keterlaluan.”
“Walaupun
tak keterlaluan, awak mahu ke gambar aurat awak jadi tontonan ramai?”
“Tak.”
“Kalau
tak mahu, padamkan semua gambar-gambar tu. Kalau nak simpan gambar, biar yang
lengkap pakaian awak,” nasihat Razif.
“Nasihat
orang konon. Yang awak tengok gambar saya siapa suruh? Ada saya izinkan awak
buka telefon saya? Awak terang-terang menceroboh hak peribadi saya.” Irdina
masih meragui Razif.
“Abang
tak tengok pun. Janganlah risau.”
“Bohong!
Awak ni lelaki hipokrit. Depan orang tunjuk baik tapi belakang entah apa-apa
awak buat. Saya benci awak!”
“Percayalah,
abang tak bohong.”
“Susah
saya nak percayakan awak lagi. Lepas ni jangan hubungi saya dan tolong padam
nombor saya daripada telefon awak. Selamat malam,” Irdina memutuskan talian
telefonnya.
Razif
hanya termangu-mangu mendengar kata-kata Irdina. Dia dapat melihat bilik Irdina
yang gelap ketika itu. Irdina telah menutup suis lampunya untuk tidur. Razif
mengunci pintu balkoni dan kemudian bergerak ke almari untuk menyalin
pakaiannya. Setelah itu, dia menutup lampu dan membaringkan badannya di katil.
Pagi
itu setelah Laila dan Balkis ke tempat kerja, Mak Cik Sopiah telah berkunjung
ke rumah Irdina. Dia mengajak Irdina ke rumahnya untuk bersarapan walaupun
berkali-kali Irdina menolak dengan alasan sudah bersarapan.
“Makan
roti bukannya kenyang. Marilah ke rumah mak cik. Mak cik ada buatkan nasi lemak
pagi ni.”
“Terima
kasihlah mak cik. Saya tak mahu menyusahkan mak cik.”
“Tak
ada susahnya, malah mak cik suka jika Irdina dapat temankan mak cik
bersarapan.”
“Doktorkan
ada. Dia boleh temankan mak cik.”
“Dia
dah keluar awal pagi tadi. Sekarang ni, tak ada sesiapa di rumah mak cik.
Cepatlah siap, mak cik tunggu di sini.”
Walaupun
berat hati Irdina untuk pergi tetapi dia tidak sampai hati mengecewakan Mak Cik
Sopiah. Akhirnya dia mengekori Mak Cik Sopiah dan masuk ke dalam rumah banglo
itu. Mak Cik Sopiah mengambil pinggan untuk Irdina dan mengajak Irdina duduk di
meja.
“Duduklah
dulu, mak cik nak bancuh air.”
“Tak
mengapa mak cik. Kali ni biar saya yang bancuhkan air. Mak cik beritahu saja,
air apa yang nak dibancuh.”
“Kalau
begitu, Irdina bancuhkan kopi untuk mak cik. Kalau Irdina nak air lain ada di
rak barang.”
“Saya
pun minum kopi. Biar kita minum air yang sama.”
“Kalau
begitu, bancuh dalam teko kopi tu.”
Irdina
menuruti suruhan Mak Cik Sopiah dan kemudiannya meletakkan air di meja. Dia
mengambil cawan untuk Mak Cik Sopiah dan juga dirinya.
“Pandai
Irdina bancuh air. Sedap!”
Irdina
hanya tersenyum menerima pujian itu. Sedang asyik mereka berbual, Razif masuk
ke ruang makan.
“Wah!
Ada tetamu lagi rupanya hari ni.” Sapaan Razif membuatkan Irdina yang sedang
menyendukkan nasi, terkejut.
“Ha!
Dari mana Razif? Awal pagi dah keluar. Masuk pun tak beri salam,” tegur Mak Cik
Sopiah.
“Razif
pergi jogging. Tadi dah beri salam,
mungkin mak tak dengar sebab asyik layan tetamu kita ni,” ujar Razif sambil
mengerling Irdina.
Irdina
tidak senang hati. Terasa seperti Razif menyindirnya. Razif duduk di sebelah emaknya
dan menghadap Irdina.
“Irdina
tolong ambilkan pinggan dan cawan untuk Razif,” pinta Mak Cik Sopiah.
Irdina
terpaksa mengambil pinggan dan cawan di dapur untuk Razif. Dalam hatinya
mengutuk diri sendiri kerana menerima pelawaan Mak Cik Sopiah. Dia tahu, Razif
pasti akan mengenakannya lagi. Bukan setakat mengambil pinggan dan cawan, Irdina
juga terpaksa menyendukkan nasi dan menuang air untuk Razif. Semuanya atas
pemintaan Mak Cik Sopiah.
“Mak,
kenapa air ni rasa lain sikit hari ni?” tanya Razif.
“Lain
macam mana?” tanya Mak Cik Sopiah sambil matanya menatap wajah Irdina.
Irdina
hanya menundukkan kepalanya. Rasa malu mulai menebal.
“Rasa
manis sikit. Tapi sedap,” komen Razif.
“Anak
dara bancuh, mestilah manis.” Mak Cik Sopiah ketawa kecil.
“Maksud
mak, Irdina yang bancuh? Patutlah tak sedap,” Razif menjauhkan cawan dari
dirinya.
Irdina
yang melihat perlakuan Razif terasa hati. Dia hanya mendiamkan diri sambil
merenung nasi di pinggan.
“Makanlah
Irdina, kenapa menung pula?” tanya Mak Cik Sopiah yang perasan perubahan wajah
Irdina yang tiba-tiba muram setelah melihat Razif.
Razif
tidak memperdulikan Irdina. Dia mengambil sambal ikan bilis dan timun lalu
dimasukkan ke dalam pinggannya. Tangannya ingin mencapai botol kicap dan ketika
itu Irdina ingin mengambil juga. Razif terpegang tangan Irdina yang terlebih
dahulu singgah di botol kicap itu. Irdina terkejut dan terus memandang wajah
Razif.
“Lepaskan
tangan awak,” arah Irdina.
“Awak
yang patut lepaskan,” Razif enggan mengalah.
“Saya
pegang botol kicap ni dulu.” Irdina juga tidak mahu mengalah.
“Mana
boleh! Ini kicap abang. Abang yang patut ambil dulu.”
Mak
Cik Sopiah hanya menggelengkan kepalanya melihat perebutan mereka berdua.
“Kalau
dua-dua tak mahu beralah, masalah tak akan selesai,” ujar Mak Cik Sopiah.
Mereka
serentak melepaskan botol kicap.
“Awak
ambillah dulu,” pelawa Razif.
“Tak
mengapa. Awaklah dulu,” balas Irdina.
Mereka
saling bertolak menyebabkan Mak Cik Sopiah bangun dan mengambil botol kicap itu.
Dia meletakkan sedikit kicap di dalam nasi Razif dan kemudiannya ke dalam nasi
Irdina.
“Ha!
Dua-dua dah ada kicap. Makan sekarang!” perintah Mak Cik Sopiah.
Mak
Cik Sopiah ketawa di dalam hati melihat telatah mereka berdua. Razif dan Irdina
makan tanpa kata hingga selesai. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Razif,
mak nak ke pasar sebentar lagi. Boleh tolong bawa mak tak?”
“Baiklah.
Pagi ni pun Razif tak ke klinik. Amran minta Razif pergi sebelah petang hingga
malam,” Razif memberitahu jadual kerjanya.
Irdina
hanya menelan liur. Dia perlu mencari alasan untuk tidak berlama-lama di rumah
itu. Dia tidak mahu berada bersama-sama Razif sepanjang hari.
“Mak cik, saya nak minta diri dulu.”
“Jangan
pergi lagi. Di rumah Irdina bukan ada sesiapa. Ikutlah mak cik ke pasar.
Bolehlah Irdina beli barang dapur sekali.”
“Saya
boleh pergi sendiri nanti.” Irdina cuba mengelak.
“Nak
pergi dengan apa? Kereta Irdina tak ada.”
“Bila
Balkis balik, saya pergilah.”
“Kalau
tunggu Balkis tentu lewat petang atau malam baru boleh beli. Marilah temankan
mak cik. Bukan selalu Irdina dapat berjalan-jalan dengan mak cik.”
Lama
Irdina memikirkannya. Dia akhirnya bersetuju dengan saranan Mak Cik Sopiah.
Irdina meminta diri untuk pulang mengambil beg tangannya serta menyalin
pakaian. Mak Cik Sopiah naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap. Razif turut
menyalin baju dan seluarnya, kemudian keluar ke halaman rumah. Razif melihat ke
arah rumah Irdina dan mendapati Irdina masih belum keluar. Dia mengeluarkan
telefonnya dan mendail nombor Irdina.
“Cepatlah
sayang, apa lagi yang sayang buat? Abang dah tak larat menunggu lama sangat.”
Razif sengaja mengusik Irdina.
“Boleh
tak awak jangan panggil saya begitu? Depan mak awak sopan bukan main, belakang
macam-macam awak kata pada saya.”
“Janganlah
marah sayang. Nanti tak ada yang nak meminang.”
“Meminang
atau tak, bukan urusan awak. Saya rasa awak ni hanya berani di belakang saja.
Maklumlah jenis hipokrit. Suka bermuka-muka.”
“Siapa
yang hipokrit? Abang atau sayang?”
“Awak
ni sengaja nak buat saya marah. Saya cabar awak panggil sayang depan mak awak.
Tentu awak tak beranikan? Maklumlah mak awak nak paksa awak kahwin. Entah-entah
awak ni jenis yang suka kaum awak saja, sebab tu tak kahwin-kahwin.” Tuduh
Irdina, radang.
“Jangan
tuduh sebarangan. Abang lelaki sejati, bukan pondan tau. Berani awak cabar
abang, ya? Awak lihat saja, abang akan kenakan awak cukup-cukup hari ni.”
“Tak
takut!” balas Irdina.
“Cepatlah
keluar! Mak dah siap tu. Takkan awak bersolek tebal untuk ke pasar? Ikan-ikan
takkan tergoda dengan solekan awak. Apatah lagi orang!” Razif ketawa
terkekeh-kekeh.
“Bencilah
awak ni,” ujar Irdina sambil menutup telefonnya.
10 ulasan:
tak marah abang sayang , cuma kasian kat idrina ngan ustad azmy, mcam mana kelak jadinya ya???? Nany
from ,¤ nadia ¤alamak macam mana ni? Benar kena kahwin lah mereka,,sebenarnya ziqkri pun ada hati kan ngan idrina? Jika tidak apasal dia perlu kecewa sbt idrina sebut,cintakan ustad..ah pusing2 macam mana ya lanjutanya?
dah jodoh ya mungkin??
Nany,
Ya kasihan Irdina n ust Azmi. Nk tahu apa tindakan Irdina, ikuti cerita ni di lain siaran..
Nadia,
Bukan ziqkri tp Razif. Ya, Razif pun dh jatuh hati pd Irdina. Nk tahu hubungan dia dan ust tu putus atau tak, kena ikuti cerita ni lagi.. tunggu, ya.
Tanpa nama,
Jodoh tak ke mana. Itu sbb org tua ckp kalau suka bergaduh, last2 itulah jodohnya.
kenapa irdina/razif x nak bg th hal yg sebenar je??klau x confirm x jd mcm ni..hoho ^_^
Mrk dh cuba bg tahu sebelum ke pasar tp mak razif tak percaya (boleh baca balik part tu). Irdina jenis yg tak boleh disergah, terus takut dan diam. Razif sengaja tak nk ckp sbb dia suka Irdina...;)
tak sangka razif, rajin siap cuci ikan,sinki,lgi.best suami idaman q ini. Mia
¤nadia ¤ so benar lah saya rasa ni, razif memang sukakan irdina,,,huh dasar razif dlu kata tak nak ngan irdina,,cakap kasian n menderita ,malang pula mamad yg berkahwin ngan irdina, la skarang razif ndri termakan kata2 nya..
Mia,
Razif jenis anak yg sayang mak dia, sbb tu rajin. Lgpun dia ikut sunnah Nabi yg rajin membantu di dapur.
nadia,
Gitulah, dulu tak nak tapi sekarang dah teringin..hi..hi.
Huhu...akak bila nak sambung ...cite nie gempaklah...;)
Catat Ulasan